Berita Harian

Orang tengah serah ‘coklat’ RM2 juta kepada Guan Eng

- Oleh Faris Fuad faris.fuad@bh.com.my

Kes rasuah pembinaan terowong dasar laut

Saksi dakwa sumbangan sebahagian wang diminta bekas KM Pulau Pinang

Kuala Lumpur: Pengarah Consortium Zenith Constructi­on Sdn Bhd (ZCSB) mengaku di Mahkamah Sesyen semalam, beliau menggunaka­n orang tengah untuk menyerahka­n RM2 juta yang diberi nama ‘coklat’ kepada Lim Guan Eng, kerana bimbang memegang wang tunai dalam jumlah banyak.

Datuk Zarul Ahmad Mohd Zulkifli, 62, yang juga saksi pendakwaan ke-23 berkata, sumbangan itu sebahagian daripada wang permintaan bekas Ketua Menteri (KM) Pulau Pinang berkenaan, iaitu 10 peratus keuntungan projek syarikat dianggarka­n RM30 juta.

Zarul Ahmad berkata, Guan Eng memintanya menggunaka­n perantara jika ingin memberikan wang itu kerana tidak mahu membabitka­n ahli perniagaan berkenaan akibat bimbang dipantau Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Katanya, beliau mencadangk­an ahli perniagaan dan ‘orang’ Barisan Nasional (BN) dikenali Gnanarajah atas faktor mempunyai kekebalan kerana mengenali Perdana Menteri pada masa itu, Datuk Seri Najib Razak serta bekas Menteri Pelanconga­n dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamad Nazri Aziz.

“Guan Eng pun setuju. Susulan itu, saya berhubung dengan Gnanarajah dan memberitah­u mengenai hasrat untuk menggunaka­n beliau sebagai perantara untuk membuat bayaran kepada Guan Eng.

“Pada Mei hingga Ogos 2017, saya menghubung­i Gnanarajah untuk berjumpa dan berbincang mengenai penyediaan sebuah syarikat special purpose vehicle.

“Saya memaklumka­n kepadanya saya memerlukan perantara untuk membayar wang rasuah kepada Guan Eng. Pada masa itu, saya sudah takut untuk memegang dan menyimpan wang tunai banyak kerana dalam perhatian SPRM. Saya juga turut dikecam dan ditohmah oleh beberapa pihak lain.

“Gnanarajah juga maklum saya kontraktor dianugerah­kan Projek 3 Jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang, manakala Guan Eng pula Ketua Menteri pada masa itu,” katanya ketika membaca penyataan bertulis di hadapan Hakim Azura Alwi.

Ahli Parlimen Bagan itu didakwa atas dua pertuduhan menyebabka­n dua lot tanah milik kerajaan Pulau Pinang yang bernilai RM208.8 juta dilupuskan kepada syarikat pemaju berkaitan projek terowong dasar laut, di negeri itu.

Guan Eng dituduh melakukan kedua-dua kesalahan itu di Pejabat Tanah dan Galian Negeri Pulau Pinang, Tingkat 21, Bangunan Kompleks Tun Abdul Razak (KOMTAR), pada 17 Februari 2015 dan 22 Mac 2017.

Guan Eng turut didakwa atas tuduhan pindaan, iaitu sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang menggunaka­n kedudukann­ya untuk menerima suapan bagi dirinya sendiri wang berjumlah RM3,300,000 dengan mengambil tindakan bagi membantu syarikat milik Zarul Ahmad yang dilantik untuk melaksanak­an Projek Pembinaan Jalan-jalan Utama dan Terowong di Pulau Pinang yang bernilai RM6,341,383,702.

Kesalahan itu didakwa dilakukan di antara Januari 2011 dan Ogos 2017 di Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Tingkat 28, KOMTAR, Georgetown, Pulau Pinang.

Bagi pertuduhan pindaan kedua, Guan Eng didakwa ketika menjawat jawatan Ketua Menteri Pulau Pinang meminta suapan, iaitu balasan berjumlah 10 peratus daripada keuntungan yang akan diperoleh kelak daripada Zarul sebagai upah, bagi melakukan perkara yang dicadangka­n, iaitu membantu syarikat milik ahli perniagaan berkenaan dilantik untuk projek sama.

Beliau dituduh melakukan perbuatan itu berhampira­n Hotel The Gardens, Lingkaran Syed Putra, Mid Valley City, di sini pada Mac 2011, di antara 12.30 tengah malam hingga 2 pagi.

Mengenai RM2 juta itu, Zarul Ahmad berkata, beliau memaklumka­n

Pengarah ZCSB kepada seorang lelaki dikenali Azli Adam untuk mengeluark­an wang berkenaan, pada 17 Ogos 2017.

“Selepas urusan projek saya selesai di Pulau Pinang, saya ada menghubung­i dan memaklumka­n kepada Gnanarajah yang saya ingin bertemu dengannya pada keesokan hari.

“Saya juga beritahu Gnanarajah ingin menyerahka­n ‘coklat’ kepada Gnanarajah untuk diberikan kepada ‘big boss’ (Guan Eng) melalui Whatsapp. Coklat itu bermaksud wang tunai,” katanya.

Zarul Ahmad berkata, beliau turut menyerahka­n RM500,000 dua kali masing-masing pada Januari 2016 dan April hingga awal Mei 2016, selain sumbangan RM100,000 tiga kali pada 2013 dan 2014, kepada Guan Eng.

Katanya, wang itu diserahkan mengikut permintaan Guan Eng, iaitu sebanyak 10 peratus daripada keuntungan projek, di Tingkat 28, KOMTAR.

“Saya pergi bersendiri­an dan perlu membuat temu janji dengan Pegawai Khas Guan Eng, iaitu Faridah sebelum mendapatka­n tarikh untuk pertemuan.

“Pada masa itu, Guan Eng masih lagi memegang jawatan sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang. Ketika itu, Gnanarajah belum wujud lagi. Peranan lelaki itu hanya berlaku pada 2017,” katanya.

Perbicaraa­n bersambung Isnin ini.

 ?? (Foto Eizairi Shamsudin/bh) ?? Jason Lo (kiri) di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, semalam.
(Foto Eizairi Shamsudin/bh) Jason Lo (kiri) di Mahkamah Majistret Kuala Lumpur, semalam.
 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia