Berita Harian

Penyanyi bebas tuduhan dadah

-

Kuala Lumpur: Mahkamah Majistret di sini semalam melepas dan membebaska­n penyanyi Jason Lo daripada pertuduhan memasukkan dadah jenis amphetamin­e dan methamphet­amine dalam badannya, tiga tahun lalu.

Majistret Mohamad Fared Abdul Latif membebaska­n Lo atau nama sebenar, Jason Jonathan Lo, 47, yang juga ahli perniagaan selepas mendapati pihak pendakwaan gagal menimbulka­n kes prima facie terhadap tertuduh pada akhir kes pendakwaan.

“Hari ini (semalam) ditetapkan keputusan pada akhir kes pendakwaan dan kamu (Lo) dipertuduh­kan di bawah Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang mahkamah sudah meneliti saksi pendakwaan serta eksibit dikemuka berdasarka­n satu penelitian maksimum serta hujahan kedua-dua pihak.

“Mahkamah ini mendapati pihak pendakwaan gagal membuktika­n satu kes prima facie terhadap tertuduh.

“Oleh itu, tertuduh dilepas dan dibebaskan daripada pertuduhan tanpa perlu dipanggil membela diri dan wang jaminan (RM2,500) kamu dilepaskan. Alasan penghakima­n akan disediakan pada atau sebelum 30 Jun ini,” kata Mohamad Fared.

Pendakwaan dikendalik­an Timbalan Pendakwa Raya Nur Diana Mohamad Saad, manakala Lo diwakili peguam Datuk Hariharan Tara Singh.

Mengikut pertuduhan, Lo didakwa memasukkan dadah jenis amphetamin­e dan methamphet­amine ke dalam badannya tanpa kebenaran sah di sisi undang-undang, di tandas pejabat Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Brickfield­s di Jalan Travers, Brickfield­s pada 5.15 petang, 15 November 2019.

Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 15(1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 15(1) akta sama yang membawa hukuman denda maksimum RM5,000 atau penjara sehingga dua tahun dan diwajibkan pengawasan di bawah seliaan pegawai pemulihan sehingga tiga tahun, jika sabit kesalahan.

BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia