Berita Harian

Pengusaha resort sebabkan 4 penyelam hilang didenda

-

Mersing: Pengusaha resort dan bot penumpang di sini yang terbabit dalam kejadian empat penyelam warga negara asing yang hilang pada April lalu, didenda RM5,000 selepas mengaku salah kerana beroperasi tanpa keanggotaa­n yang mencukupi, di Mahkamah Majistret Kota Tinggi.

Pengarah Zon Maritim Mersing, Komander Maritim Khairul Nizam Misran, berkata hukuman terhadap syarikat Winter Snow Sdn Bhd dilakukan mengikut Kaedah 12 Peraturan Bot 1953.

Beliau berkata, tertuduh melakukan kesalahan kerana beroperasi tanpa keanggotaa­n yang mencukupi seperti mana yang sudah disyaratka­n oleh Pegawai Pelabuhan mengikut Akta Perkapalan Saudagar 1952.

“Pada 6 April yang lalu, empat penyelam warga asing dilaporkan hilang ketika membuat latihan selaman di perairan Tokong Sanggol dan tiga daripadany­a berjaya ditemui, manakala seorang penyelam remaja lelaki tidak ditemui,” katanya semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia