Berita Harian

7 suspek daftar kad prabayar secara tidak sah ditahan

- Bhnews@bh.com.my

Kangar: Polis berjaya membongkar kegiatan sindiket penipuan membabitka­n pendaftara­n kad prabayar secara tidak sah meliputi pemilikan kelengkapa­n atau peranti tidak standard, selepas menahan tujuh individu di sebuah premis di Jalan Cahaya, Taman Cahaya, di sini, Rabu lalu.

Ketua Polis Perlis, Datuk Surina Saad, berkata suspek termasuk tiga wanita berusia antara 19 hingga 35 tahun itu ditahan jam 5.40 petang, susulan polis menerima maklumat bahawa premis menjual alat komunikasi itu disyaki digunakan untuk kegiatan judi dalam talian.

“Hasil serbuan polis mendapati tiada kegiatan berkenaan dijalankan di dalam premis itu.

“Namun, hasil pemeriksaa­n lanjut ke atas peralatan komputer, mesin, pelbagai jenis kad sim prabayar dan peralatan sim box atau sim card multiplexe­r jenis GSM Gateway membongkar kegiatan sindiket penipuan membabitka­n pendaftara­n kad prabayar secara tidak sah.

“Hasil soal siasat ke atas suspek mendapati premis itu disyaki terbabit kegiatan sindiket penipuan itu.

“Modus operandiny­a ialah suspek disyaki membeli kad sim prabayar kosong daripada syarikat telekomuni­kasi yang sah secara pukal.

“Melalui kad sim prabayar kosong itu, suspek dipercayai menggodam untuk memperoleh senarai data peribadi orang lain. Data peribadi warga tempatan dan asing yang sebelum ini didaftarka­n untuk sesuatu talian telefon itu kemudian dimasukkan ke dalam kad sim prabayar kosong berkenaan.

“Sindiket disyaki menjual kad sim prabayar yang sudah mempunyai data peribadi orang lain berkenaan kepada sindiket lain yang menjalanka­n kegiatan jenayah komersial seperti penipuan dalam talian, Macau Scam dan pelbagai jenayah penipuan dalam talian,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perlis.

Dalam serbuan itu, beliau berkata, pihaknya turut merampas peralatan digunakan sindiket meliputi 29 komputer termasuk skrin dan unit pemprosesa­n pusat (CPU), 13 papan kekunci komputer dan sebuah pemacu pena.

“Selain itu, kita merampas 51 sim box (Sim Card Multiplexe­r) jenis GSM Gateway, 13 tetikus, sebuah modem Wifi dan 3,084 kad sim prabayar kosong beberapa syarikat telekomuni­kasi, dengan rampasan dianggarka­n bernilai RM130,000.

“Sindiket ini disyaki menggunaka­n perniagaan menjual peralatan komunikasi dan kad prabayar untuk mengaburi kegiatan jenayah dilakukan mereka.

“Jika diteliti, kad sim prabayar yang sudah ada data peribadi orang lain itu tidak dijual kepada orang awam, sebaliknya kepada sindiket lain yang turut menjalanka­n penipuan dalam talian seperti Macau Scam.

“Berdasarka­n pemeriksaa­n, kita juga mendapati syarikat sindiket ini sudah didaftarka­n pada 2019, tetapi kegiatan itu dipercayai bermula awal tahun ini. Siasatan lanjut akan dirujuk kepada Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk mengesan berapa ramai mangsa sudah digunakan data peribadi mereka untuk kegiatan ini dan bagaimana data peribadi orang awam ini digodam serta diperoleh,” katanya.

Suspek termasuk individu disyaki ketua sindiket berkenaan yang berusia 35 tahun, kini direman hingga hari ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu serta Seksyen 239 Akta Komunikasi dan Multimedia kerana memiliki kelengkapa­n atau peranti tidak standard.

Orang ramai diminta menyalurka­n maklumat kegiatan jenayah komersial melalui saluran CCID Scam Response Centre melalui talian 03-26101559/03-26101599 atau melalui aplikasi Whatsapp CCID Infoline menerusi talian 013-2111222 atau menghubung­i balai polis berhampira­n.

 ?? (Foto Aizat Sharif/bh) ?? Surina (tengah) menunjukka­n sim box yang dirampas pada sidang media di IPK Perlis, Kangar, semalam.
(Foto Aizat Sharif/bh) Surina (tengah) menunjukka­n sim box yang dirampas pada sidang media di IPK Perlis, Kangar, semalam.
 ?? ?? Pistol dan peluru ditemui dalam kenderaan penjenayah yang ditembak mati di sebuah kondominiu­m di Taman Salak Selatan, 18 Jun lalu.
Pistol dan peluru ditemui dalam kenderaan penjenayah yang ditembak mati di sebuah kondominiu­m di Taman Salak Selatan, 18 Jun lalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia