Berita Harian

Pistol, peluru dalam kenderaan penjenayah

-

Kuala Lumpur: Polis menemui sepucuk pistol bersama 13 peluru dalam kenderaan digunakan seorang penjenayah yang ditembak mati di sebuah unit kondominiu­m di Taman Salak Selatan, di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Azmi Abu Kassim, berkata senjata api itu ditemui kira-kira jam 1.30 tengah hari Selasa lalu, ketika polis menjalanka­n pemeriksaa­n di sekitar tempat kejadian.

Katanya, kenderaan jenis Toyota Estima itu dipercayai digunakan penjenayah itu sebelum kejadian tembak menembak antara suspek dan polis berlaku.

“Ketika pemeriksaa­n, kita menemui satu beg kitar semula di bawah tempat duduk pemandu di mana sepucuk pistol jenis Smith & Wesson yang mengandung­i enam peluru hidup ditemui, selain satu sampul surat mengandung­i tujuh lagi peluru hidup.

“Berdasarka­n maklumat risikan, polis percaya senjata api ditemui adalah milik si mati,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Isnin lalu, Azmi melalui sidang media berkata, sepasukan anggota dri Bahagian Siasatan Jenayah Berat (D9) di Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Kuala Lumpur menembak mati seorang penjenayah yang disyaki mendalangi kejadian samun membabitka­n yang kerugian RM693,000 di sebuah rumah di Cheras pada November tahun lalu.

Suspek ditembak mati selepas melepaskan beberapa das tembakan ke arah polis ketika serbuan menerusi satu operasi khas di sebuah unit kondominiu­m di Taman Salak Selatan, kira-kira jam 10 malam.

Pemeriksaa­n lanjut di unit kondominiu­m itu menemui sepucuk pistol separa automatik jenis CZ 75 Compact yang digunakan suspek mengandung­i enam butir peluru serta sebutir bom tangan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia