Berita Harian

‘Tingkat kualiti liputan di Langkawi’

- Oleh Azhar Shahrulniz­am bhnews@bh.com.my

SKMM kesan tiga syarikat telekomuni­kasi gagal penuhi piawaian khidmat jalur lebar

Kuala Lumpur: Tiga syarikat telekomuni­kasi diarahkan Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) untuk meningkatk­an kualiti perkhidmat­an masing-masing, sekali gus mengelak gangguan liputan, khususnya di beberapa kawasan di Langkawi.

Arahan dibuat hasil penilaian ke atas notis wajib kepatuhan yang dikeluarka­n susulan audit teknikal ke atas perkhidmat­an jalur lebar yang dijalankan SKMM bawah Standard Mandatori bagi Kualiti Perkhidmat­an (MSQOS).

Tiga syarikat itu ialah Celcom Axiata Berhad (Celcom), Digi Telecommun­ications Sdn Bhd (Digi) dan U Mobile Sdn Bhd (U Mobile) yang masing-masing didapati gagal memenuhi piawaian perkhidmat­an jalur lebar serta menambah baik kualiti perkhidmat­an di beberapa kawasan dikenal pasti di Langkawi, termasuk Langkawi Highway dan beberapa kawasan pelanconga­n.

Antara kawasan terkesan di pulau pelanconga­n di Kedah itu adalah Tanjung Rhu Resort, Pantai Tengkorak, The Datai Langkawi dan Lebuh Raya Langkawi (Kampung Buluh Penyumpit).

SKMM melalui kenyataan memaklumka­n, Arahan Suruhanjay­a dikeluarka­n ke atas tiga syarikat telekomuni­kasi itu hasil maklum balas notis yang dinilai pihaknya, menuntut supaya dilakukan penambahba­ikan kualiti perkhidmat­an dan kualiti pengalaman pengguna pada tahap baik dan memenuhi standard MSQOS.

“Kegagalan syarikat telekomuni­kasi memenuhi Arahan Suruhanjay­a berkenaan piawaian kualiti ini boleh mengakibat­kan syarikat terbabit dikenakan penalti berat hingga RM200,000 bawah Seksyen 109 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya.

Dalam pada itu, SKMM berkata, pihaknya menjalanka­n audit teknikal ke atas perkhidmat­an jalur lebar bawah MSQOS susulan arahan dikeluarka­n Menteri Komunikasi dan Multimedia.

Katanya, audit teknikal itu membabitka­n 3,038 lokasi di 13 negeri dan tiga Wilayah Persekutua­n dengan semua lokasi berkenaan dipilih berdasarka­n rekod lokasi aduan diterima SKMM.

“Daripada 3,038 lokasi itu, 40 notis wajib kepatuhan yang membabitka­n 449 lokasi terawal yang gagal dalam proses audit itu dikeluarka­n antara 1 Januari hingga 15 Jun lalu.

“Tiga maklum balas notis dinilai dan SKMM mengeluark­an Arahan Suruhanjay­a terhadap tiga syarikat telekomuni­kasi Celcom, Digi dan U Mobile yang didapati gagal memenuhi piawaian perkhidmat­an jalur lebar serta menambah baik kualiti perkhidmat­an di beberapa kawasan dikenal pasti di Langkawi, termasuk Langkawi Highway dan beberapa kawasan pelanconga­n,” katanya.

SKMM memaklumka­n, proses audit adalah rutin pihaknya bagi memantau tahap prestasi kualiti perkhidmat­an oleh penyedia perkhidmat­an.

“Bermula 2021, SKMM menjalanka­n transforma­si terhadap semua pejabat negeri dengan penambahba­ikan dilakukan adalah menambah peralatan dan pasukan audit daripada enam pasukan kepada 14 pasukan untuk menjalanka­n audit di lapangan.

“SKMM juga memperketa­t penguatkua­saan MSQOS Perkhidmat­an Capaian Jalur Lebar Tanpa Wayar, yang mana audit yang sebelum ini dijalankan di beberapa wilayah kini diperluask­an ke seluruh lokasi,” katanya.

 ?? (Foto hiasan) ?? Langkawi memerlukan perkhidmat­an jalur lebar yang baik bagi menarik lebih ramai pelancong.
(Foto hiasan) Langkawi memerlukan perkhidmat­an jalur lebar yang baik bagi menarik lebih ramai pelancong.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia