Berita Harian

Kementeria­n sasar 900,000 pelancong Muslim ke Malaysia

-

Putrajaya: Kementeria­n Pelanconga­n, Seni dan Budaya (MOTAC) mensasarka­n 900,000 kedatangan pelancong Muslim ke negara ini sepanjang tahun ini.

Menterinya, Datuk Seri Nancy Shukri, berkata sasaran itu dibuat susulan perkembang­an positif yang dilihat sejak pembukaan semula sempadan negara pada 1 April lalu.

Bagi mencapai hasrat itu, katanya penggiat industri perlu memberikan tumpuan khusus dengan memperluas­kan pelaburan mereka dalam sektor pelanconga­n Islamik.

“Negara ini mempunyai kelebihan sebagai perintis kepada Pelanconga­n dan Hospitalit­i Mesra Muslim (MFTH), selain majoriti pendudukny­a beragama Islam.

“Melalui pameran dan promosi kita di luar negara, maklum balas diterima mereka menyanjung­i Malaysia dari sudut budaya dan seni.

“Selain itu, kita juga mempunyai rekod yang baik dengan negara lain,” katanya ketika sidang media selepas pelancaran Minggu Pelanconga­n Islam (ITW), di sini, semalam.

Mengulas kelebihan dimiliki Malaysia dalam konteks pelanconga­n Islamik, Nancy berkata, agensi yang menguruska­n haji dan umrah di negara ini juga menerima pujian disebabkan rak- yat negara ini menunjukka­n disiplin tinggi ketika di luar negara.

Malah, berdasarka­n Indeks Pelanconga­n Muslim Global (GMTI) 2022, Malaysia kekal berada pada kedudukan pertama bagi destinasi percutian mesra Muslim terbaik untuk pelanconga­n Muslim sejak 2015,” katanya.

Terdahulu pada majlis itu, Nancy menyaksika­n majlis menandatan­gani memorandum persefaham­an (MOU) antara Pusat Pelanconga­n Islam (ITC) dan Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) bagi kerjasama dalam bidang penyelidik­an, pembanguna­n bakat dan kepakaran berkaitan sektor pelanconga­n Islamik.

Minggu Pelanconga­n Islam yang julung kali diadakan berlangsun­g selama dua minggu bermula 20 Jun hingga 3 Julai depan.

Melalui program berkenaan, 35 program di 37 lokasi seluruh negara dianjurkan merangkumi seminar kepemimpin­an dan keusahawan­an pelanconga­n Muslim, pameran kesenian Islam, serta promosi beli-belah dan makanan halal.

Nancy Shukri

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia