Berita Harian

8 sekeluarga cedera dua kenderaan bertembung

-

Ipoh: Lapan sekeluarga cedera termasuk seorang parah selepas kenderaan pelbagai guna (MPV) dinaiki mereka bertembung dengan sebuah pacuan empat roda di KM26, Jalan Simpang Pulai-cameron Highlands, di sini, semalam.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (Perak) berkata, nahas membabitka­n MPV dinaiki lapan sekeluarga itu dengan kenderaan dipandu seorang lelaki warga Bangladesh.

Katanya, panggilan kecemasan berhubung kejadian diterima jam 11.05 pagi dengan anggota Balai Bomba dan Penyelamat digerakkan ke lokasi.

Katanya, semua mangsa sudah dikeluarka­n daripada kenderaan oleh orang awam, sebelum ketibaan bomba.

Beliau berkata, MPV dari Simpang Pulai menghala Cameron Highlands, manakala kenderaan satu lagi dari arah bertentang­an.

“Mangsa yang cedera dihantar ke hospital dengan ambulans dan jentera Unit Bantuan Perkhidmat­an Kecemasan (EMRS),” katanya semalam.

Beliau berkata, mangsa yang parah seorang wanita yang duduk di bahagian penumpang belakang, iaitu cedera di kepala.

 ?? ?? Kenderaan yang dinaiki mangsa remuk dalam kemalangan di KM26, Jalan Simpang Pulai-cameron Highlands, semalam.
Kenderaan yang dinaiki mangsa remuk dalam kemalangan di KM26, Jalan Simpang Pulai-cameron Highlands, semalam.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia