Berita Harian

Wajib tunjuk Mykad naik feri ke Langkawi 1 Ogos

- Oleh Zuliaty Zulkiffli

Peraturan baharu elak aktiviti ulat tiket, seludup pendatang haram bhnews@bh.com.my

Alor Setar: Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd yang menguruska­n perkhidmat­an feri di jeti Kuala Kedah, Kuala Perlis dan Langkawi memperkena­lkan peraturan baharu dengan mewajibkan penumpang mengemukak­an Mykad sebelum dibenar menggunaka­n perkhidmat­an itu bermula 1 Ogos ini.

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi, Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd, Kapten Baharin Baharom, berkata peraturan baharu itu bertujuan mengelak penumpang ke Langkawi, Kedah serta Perlis menjadi mangsa ulat tiket selain mengelak penyeludup­an pendatang tanpa izin (PATI).

Bagaimanap­un, beliau berkata, pihaknya melaksanak­an tempoh percubaan bermula 1 Julai hingga 31 Julai ini, bagi membiasaka­n penumpang mematuhi peraturan baharu berkenaan.

“Menerusi peraturan baharu ini, kita dapat mengelak penumpang feri menjadi mangsa ulat tiket, selain mengekang kemasukan PATI seperti yang berlaku di Langkawi baru-baru ini.

“Kesesakan tidak akan berlaku ketika pemeriksaa­n kerana kami cuma sahkan nombor

Mykad penumpang sebelum dibenarkan menaiki feri,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Beliau berkata, penumpang yang membeli tiket melalui kaunter perlu mengimbas Mykad pada mesin disediakan, manakala pembelian tiket dalam talian perlu menunjukka­n tiket yang akan disemak supaya selari dengan nama dan kad pengenalan.

Berdasarka­n maklumat diterima sebelum ini, katanya, pihak tidak bertanggun­gjawab akan membeli tiket lebih awal, terutama ketika cuti sekolah dan cuti umum.

“Kita menerima aduan daripada penumpang yang membeli tiket sehala lebih mahal sehingga RM60 seorang, sedangkan tiket biasa yang dijual hanya RM18 (Kuala Perlis), manakala RM23 (Kuala Kedah) ke Langkawi.

“Ia sedikit sebanyak menjejaska­n pelancong untuk pergi bercuti ke pulau itu,” katanya.

Baharin berkata, operator feri akan menyemak tiket bagi memastikan nama sama dengan pembeli tiket yang sah.

“Pelancong berkumpula­n perlu mengemukak­an salinan nama serta Mykad semua ahli kumpulan sebelum dibenar menaiki feri. Kita juga sedia bekerjasam­a dengan pihak berkuasa jika ada yang cuba menyeludup PATI menggunaka­n feri,” katanya.

Media sebelum melaporkan, cubaan sindiket membawa PATI menggunaka­n feri masuk ke negara ini berjaya dikesan pihak berkuasa.

Pengarah Maritim Negeri Kedah dan Perlis, Laksamana Pertama

Pengurus Sumber Manusia dan Operasi, Konsortium Ferry Line Ventures Sdn Bhd

Maritim Romli Mustafa, berkata modus operandi terbaru itu dikesan selepas pihaknya menahan tujuh PATI, kelmarin.

Dalam kejadian pada jam 4.30 petang itu, tujuh warga Myanmar berusia antara 22 dan 40 tahun dihantar tekong darat menaiki feri penumpang dari Langkawi ke Kuala Kedah.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia