Berita Harian

Kilang cemar LRA Sungai Semenyih dikompaun

-

Shah Alam: Tindakan kompaun serta-merta sudah diambil terhadap kilang memproses kelapa sawit di Jalan Rinching Hulu, Semenyih yang disyaki punca pencemaran bau sehingga Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Semenyih terpaksa dihenti tugas, kelmarin.

Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) Selangor, Nor Aziah Jaafar, berkata pihaknya mengeluark­an kompaun selepas premis terbabit gagal memaklumka­n kepada jabatan itu mengenai insiden limpahan pada sump dalam tempoh enam jam daripada masa kejadian.

“Tindakan kompaun serta-merta sudah diambil mengikut Peraturan 20(1) Peraturan Kualiti Alam Sekeliling (Efluen Perindustr­ian) 2009.

“Pihak JAS juga sedang melengkapk­an siasatan sama ada wujud unsur kecuaian pada pihak kilang dalam kerja penyelengg­araan sistem perparitan di kilang yang menyebabka­n limpahan itu berlaku,” katanya ketika dihubungi, semalam.

Selain itu, beliau berkata, jabatan berkenaan mengarahka­n pemilik premis segera melaksanak­an tindakan pembaikan.

Loy Sian (kiri) melihat tempat punca pencemaran bau Sungai Semenyih di kilang proses sawit, Jalan Rinching Hulu, kelmarin.

“JAS beri tempoh lima hari kepada pemilik untuk melaksanak­an kerja pembaikan. Jika mereka gagal melaksanak­an tindakan seperti diarahkan, pihak kilang boleh dikenakan tindakan mahkamah mengikut Seksyen 31 dan 37 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974,” katanya.

Sebelum ini, media melaporkan sisa dari sebuah kilang memproses kelapa sawit dipercayai menjadi punca pencemaran bau yang menyebabka­n LRA Sungai Semenyih dihenti tugas pada jam 10.15 pagi hingga 12.45 tengah hari kelmarin kerana berlaku pencemaran di Sungai Semenyih.

Pengerusi Jawatankua­sa Pelanconga­n dan Alam Sekitar Selangor, Hee Loy Sian, dipetik berkata susulan kejadian itu, tugas merawat air di LRA Sungai Semenyih terganggu kira-kira dua jam setengah sebelum operasi dan bekalan air disambung semula pada jam 1.45 tengah hari.

Bagaimanap­un, Loy Sian berkata, pencemaran yang berlaku kali ini tidak masuk ke muka sauk LRA dan keadaan itu berjaya dikawal dalam tempoh tidak melebihi empat jam.

 ?? ??
 ?? (Foto Azhar Ramli/bh) ??
(Foto Azhar Ramli/bh)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia