Berita Harian

BUANG AIR KECIL

ANAK perlu diajar membiasaka­n diri bangun malam untuk ke tandas sendiri. Seawal dua tahun, anak sudah patut diajar ke tandas dan menguruska­n diri. Bagaimanap­un, pada usia ini, ia memerlukan pemantauan berkala daripada ibu bapa.

-

Mungkin hari pertama sehingga ketujuh, anda perlu ajar anak ke tandas sebelum tidur dan apabila terasa untuk kencing pada waktu malam, bangun dan terangkan kepada anak apa patut dilakukan.

Beberapa panduan untuk anda ikuti:

1

Terangkan kepada anak kepentinga­n bangun malam untuk ke tandas dengan bijak dan bahasa yang lembut.

2

Pastikan anak kencing sebelum mereka tidur.

3

Anda perlu buat senarai keperluan anak ke tandas. Umpamanya, pastikan lampu tidur ada di bilik tidur supaya anak tidak takut ke tandas.

4

Bagi anak yang masih kecil, pastikan anda bangunkan mereka selang beberapa jam selepas mereka membuang air kecil. Jadikan ia rutin harian.

5

Lihat apa masalah sebenar anak yang menyebabka­n mereka sering kencing pada waktu malam. Mungkin ada gangguan, ketakutan atau masalah lain.

6

Ajar secara praktikal apa anak anda perlu buat jika mahu bangun kencing di tengah malam. Mungkin anda perlu memanggiln­ya atau anak pergi sendiri ke tandas.

7

Ceritakan pengalaman hebat anda ketika kecil dan buat anak rasa dia mahu menjadi seperti anda. Umpamakan anak sebagai hero jika dia berjaya melakukann­ya

8

Tidak salah memberi hadiah kesukaanny­a jika dia berjaya disiplinka­n diri dan tidak kencing lagi di atas tilam.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia