Berita Harian

Pengeluara­n sawit diramal tak pulih

- Oleh Shahrizan Salian

Kurang pekerja, harga baja tinggi terus cetus masalah shahrizan_salian@bh.com.my

Pengeluara­n sawit di Malaysia dijangka tidak pulih sepenuhnya kerana masih berdepan kekurangan tenaga pekerja, selain harga baja tinggi.

Penganalis­is Hong Leong Investment Bank (HLIB) Research, Chye Wen Fei, berkata buat masa sekarang, belum dapat dipastikan pekerja asing akan tiba di Malaysia tepat pada waktu diperlukan iaitu semasa kitaran musim kemuncak pengeluara­n.

“Jika mereka berada di sini sekali pun, jumlah ketibaan pekerja asing mungkin tidak mencukupi,” katanya dalam satu nota penyelidik­an, semalam.

Beliau menambah, kekurangan baja dan harga tinggi pula mungkin menyebabka­n penggunaan­nya yang rendah, terutama dalam kalangan pekebun kecil yang merangkumi 40 peratus daripada kawasan tanaman sawit di Malaysia.

Pada masa sama, katanya be-berapa peramal cuaca termasuk Biro Meteorolog­i Australia (BOM), Jabatan Atmosfera dan Lautan Negara (NOAA) serta Pusat Ramalan Iklim Amerika Syarikat (CPC) baru-baru ini memberi petunjuk bahawa La Nina berkemungk­inan besar kembali pada September atau Oktober ini.

“La Nina mungkin menjejaska­n pengeluara­n sawit kerana bertembung dengan musim kitaran pengeluara­n.

“Ia juga akan menjejaska­n penanaman kacang soya di Amerika Selatan, terutama Brazil yang merangkumi kira-kira 36 peratus pengeluara­n kacang soya dunia pada 2021.

“Selain impak kepada pengeluara­n, kami mengambil maklum bahawa harga minyak sawit mentah (MSM) serta kacang soya cenderung untuk mengukuh ketika La Nina berlaku dan menjadi lemah apabila cuaca kembali tenang,” katanya.

Wen Fei berkata, HLIB Research maklum harga MSM diskaun kepada minyak kacang soya baru-baru ini meningkat kepada AS$400 satu tan.

“Ini mungkin meningkatk­an minat belian, terutama apabila jurang lebar harga antara kedua-duanya kekal dalam tempoh lebih lama dan paras inventori kekal rendah dalam kalangan negara-negara pengguna utama.

“Kami mengekalka­n anggaran harga MSM bagi 2022, 2023 dan 2024 masing-masing pada RM5,500, RM4,500 dan RM4,500 satu tan,” katanya.

Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivative­s mengakhiri penyusutan selama enam hari berturut-turut kelmarin apabila ditutup lebih tinggi susulan aktiviti pembeliann­ya.

Kontrak bulan penanda aras ditutup pada paras terendah dalam tempoh enam bulan pada Rabu, diasak oleh asas pasaran

Kekurangan baja dan harga tinggi mungkin menyebabka­n penggunaan­nya yang rendah, terutama dalam kalangan pekebun kecil.

kurang memberangs­angkan termasuk harga minyak kacang soya rendah, jangkaan peningkata­n bekalan serta angka eksport lebih suram bagi tempoh 1 hingga 20 Jun.

Sewaktu ditutup, kontrak niaga hadapan MSM bagi bulan semasa Julai 2022 naik RM180 kepada RM4,870 satu tan, Ogos 2022 menokok RM234 kepada RM4,800 satu tan, kontrak bulan penanda aras September 2022 melonjak RM245 kepada RM4,744 satu tan dan Oktober 2022 meningkat RM262 kepada RM4,731 satu tan.

Harga fizikal MSM bagi Julai Selatan tidak berubah pada RM5,000 satu tan.

 ?? (Foto hiasan) ??
(Foto hiasan)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia