Berita Harian

Harga MSM susut hampir 30 peratus

-

Kejatuhan harga minyak mentah, minyak kacang soya serta tindakan Indonesia menarik semula larangan eksport antara punca penurunan harga minyak sawit mentah (MSM) ketika ini.

Harga MSM RM6,300 satu tan awal bulan ini sekarang diniagakan kira-kira RM4,450, penurunan hampir 30 peratus.

Ketua Pengarah MPOB, Datuk Dr Ahmad Parveez Ghulam Kadir, berkata kebimbanga­n berlaku krisis ekonomi di Amerika Syarikat (AS) ekoran tindakan agresif yang telah meningkatk­an kadar faedah, dikhuatiri menjejaska­n permintaan minyak mentah, sekali gus mempengaru­hi pergerakan harga minyak makanan termasuk sawit.

Katanya, sentimen pasaran ini menyebabka­n kejatuhan harga petroleum di pasaran dunia yang berhubung secara positif dengan harga minyak kacang soya dan MSM.

“Harga minyak mentah susut kepada AS$119.67 satu tong pada 22 Jun lalu berbanding paras tertinggin­ya pada 8 Mac lalu iaitu

AS$139.85 setong atau penurunan 14.4 peratus .

“Harga kacang soya pula turun kepada AS$1,720 satu tan pada 22 Jun 2022 berbanding harga tertinggin­ya iaitu AS$2,088 satu tan pada 29 April 2022 atau menurun 17.6 peratus .

“Selain itu, kelemahan permintaan eksport ke China menyumbang kepada kelemahan harga minyak sayuran dunia termasuk MSM.

“Kerajaan China melaksanak­an tempoh berkurung dua bulan ketika ini bagi menangani penularan COVID-19. Faktor ini menyebabka­n permintaan terhadap minyak sayuran berkuranga­n di China,” katanya kepada BH.

Dr Ahmad Parveez berkata, tindakan Indonesia menarik semula larangan eksport minyak sawit pada 23 Mei lalu dan mengurangk­an kadar levi untuk eksport MSM kepada AS$200 satu tan daripada AS$375 satu tan bermula 14 Jun sehingga 31 Julai lalu menyumbang kepada lambakan minyak sawit di pasaran dunia.

“Tindakan ini dilaksanak­an

Indonesia bagi meningkat eksport minyak sawit, seterusnya mengurangk­an lambakan stok minyak sawit yang tinggi di dalam negara.

“Sentimen pasaran ini turut menyumbang kepada penurunan harga MSM di pasaran ketika ini,” katanya.

Harga MSM menunjukka­n arah aliran penurunan bermula 7 Jun 2022 iaitu daripada RM6,753.50 satu tan kepada RM5,046.00 satu tan pada 22 Jun atau menurun 25.3 peratus dalam tempoh lebih kurang dua minggu sahaja.

Harga awalan MSM terus mencatatka­n penurunan kepada RM4,767.00 satu tan pada 23 Jun 2022.

Ahmad Parveez berkata, dari segi prospek, beliau menjangkak­an harga MSM kekal sekitar RM5,000 satu tan untuk tempoh terdekat ini.

“Bagaimanap­un kita perlu melihat perkembang­an terbaru di Ukraine dan reaksi daripada Indonesia,” katanya.

Sementara itu, pemilik dan pengasas bersama Palm Oil

Analytics, Dr Sathia Varqa, berkata penurunan harga MSM antaranya disumbangk­an oleh peningkata­n kelulusan permit eksport dari Indonesia dan kejatuhan berterusan dalam harga minyak kacang soya.

Selain itu, katanya, tinjauan yang dibuat mendapati bekalan sawit lebih tinggi dan eksport Malaysia lebih rendah turut menjadi faktor penurunan berkenaan.

“Ia diburukkan lagi oleh kelemahan dalam perdaganga­n minyak mentah susulan jangkaan pemulihan ekonomi perlahan dan prospek aliran eksport dari Ukraine dan Russia melalui koridor selamat hasil daripada rundingan

“Semua faktor yang digabungka­n ini memberi tekanan kepada niaga hadapan MSM,” katanya.

Ditanya mengenai prospek harga MSM, beliau berkata, berdasarka­n penilaian oleh Palm Oil Analytics, pada asasnya bulan aktif niaga hadapan MSM dijangka pada paras RM4500 hingga RM5,000 satu tan pada Jun dan Julai ini.

Ketua Pengarah MPOB

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia