Berita Harian

Tempahan ‘suka-suka’ ganggu proses beli kereta

- Oleh Mohd Zaky Zainuddin

Tindakan jejas pembeli tulen dapatkan slot bekalan sebelum pengecuali­an cukai SST tamat zaky@bh.com.my

Tempahan spekulatif kenderaan yang sengaja dibuat individu bukan pembeli tulen, dijangka meningkat menjelang hari-hari terakhir ‘tawaran’ bagi menikmati pengecuali­an cukai jualan dan perkhidmat­an (SST).

Tindakan ini bukan hanya menyusahka­n pembeli tulen sehingga terlepas slot bekalan kenderaan sedia ada, malah menyukarka­n proses melengkapk­an tempahan oleh pengedar kenderaan.

Penganalis­is Maybank Investment Bank, Liaw Thong Jung, berkata tempahan kenderaan dijangka menjadi ‘luar biasa’ selepas bakal pembeli mengambil kesempatan membuat banyak tempahan, namun ia menjunam secara mendadak pada Julai dan separuh kedua tahun ini.

“Ia menjejaska­n jumlah tempahan kerana pembeli boleh membatalka­n dan/atau memindahka­n pesanan serta mendapat bayaran balik deposit tempahan pada bilabila masa.

“Ia menimbulka­n masalah dan ketidakper­luan yang dihadapi jurujual dan peniaga,” katanya dalam nota penyelidik­an.

Thong Jung berkata, antara ketidakper­luan lain yang wujud mungkin membabitka­n tindakan segelintir pembeli buat tempahan, tetapi tempoh pendaftara­n dibuat pada 2023 bagi mengurangk­an susut nilai kenderaan.

“Keadaan ini bakal menyaksika­n jumlah keseluruha­n industri (TIV) melemah pada separuh kedua tahun ini dan mengukuh pada suku pertama 2023. Unjuran TIV sekitar 580,000 hingga 600,000 unit tidak berubah,” katanya.

Secara keseluruha­nnya, beliau menjelaska­n, tempoh ‘cuti cukai’ SST terbukti sebagai dasar yang bijak dan popular untuk memacu jualan kenderaan merangkumi 868,422 unit dijual dalam tempoh pelaksanaa­nnya, selain dapat mengimbang­i kesan COVID-19 dan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Walaupun kerugian hasil daripada pengecuali­an SST berjumlah RM4.7 bilion seperti diumumkan Kementeria­n Kewangan (MOF), kami mendapati hasil diperoleh daripada duti eksais dan import dalam tempoh terbabit mengatasi kerugian daripada pengecuali­an SST.

“Tanpa pengecuali­an SST, kutipan daripada duti eksais dan import mungkin rendah disebabkan jualan lebih rendah.

“Duti eksais sahaja menyumbang 67 peratus daripada cukai kereta pada 2019 (pengecuali­an sebelum SST),” katanya.

Sementara itu, Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif Proton Holdings Bhd (PROTON), Roslan Abdullah, berkata transaksi jualan pengeluar kereta nasional itu mengikut peraturan polisi penjualan PROTON dengan semua yuran tempahan akan dipulangka­n sepenuhnya kepada pembeli jika tempahan dibatalkan.

Justeru, katanya, PROTON sarankan pembeli tulen mengambil kesempatan dengan membuat tempahan

Penganalis­is Maybank Investment Bank awal jika benar-benar berhasrat memiliki kereta baharu.

“Peraturan dasar penjualan PROTON tidak membenarka­n pemindahan tempahan bagi mengelak ketidakadi­lan kepada pelanggan yang terlebih dulu membuat tempahan dan mengelak kemungkina­n berlaku penyelewen­gan mana-mana pihak,” katanya.

Roslan berkata, PROTON memiliki beberapa polisi jualan yang perlu dipatuhi dengan pembeli harus membuat pilihan dan keputusan bijak sementara tempoh pengecuali­an cukai ini masih wujud.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia