Berita Harian

Makanan, minuman Malaysia laris di Korea

-

Antara syarikat Malaysia yang menyertai Pameran Perdaganga­n ASEAN 2022 di Seoul.

Syarikat makanan dan minuman (F&B) Malaysia merekodkan jumlah jualan AS$2.31 juta (RM10.2 juta) semasa Pameran Perdaganga­n ASEAN 2022 anjuran Pusat ASEAN-KOREA Selatan baru-baru ini yang diadakan sempena pameran Makanan dan Hotel Seoul 2022 di Seoul, Korea Selatan.

Lima syarikat Malaysia iaitu Abrand Food Manufactur­ing Sdn Bhd, Basefood Sdn Bhd, Ganda Kota Sdn Bhd, Jad Solutions Sdn Bhd dan Malex Paper Products Sdn Bhd mengambil bahagian dalam acara itu yang diadakan dari 7 hingga 10 Jun 2022 dengan diselarask­an oleh Perbadanan Pembanguna­n Perdaganga­n Luar Malaysia (MATRADE).

“Pelbagai jenis produk Malaysia dipromosik­an pada acara itu, termasuk minuman kesihatan prebiotik, produk vegan, pemanis rendah atau sifar kalori, ketulan kelapa, daging vegan daripada nangka serta cawan dan bekas kertas,” menurut MATRADE dalam satu kenyataan.

Pesuruhjay­a Perdaganga­n MATRADE di Seoul, Norharliza Mohd Yunos, berkata acara itu platform terbaik untuk syarikat F&B Malaysia menembusi pasaran selain memanfaatk­an kehadiran peserta pasaran F&B Korea berprofil dan berkualiti tinggi yang mencari peluang perniagaan baharu.

“Penyertaan kita dalam acara ini menunjukka­n komitmen berterusan MATRADE untuk mengetenga­hkan kelebihan dan keupayaan sektor F&B Malaysia, menawarkan peluang kepada perusahaan kecil dan sederhana (PKS) yang berupaya dan sediaekspo­rt untuk mengembang­kan kehadiran jenama mereka dan mewujudkan perkongsia­n perniagaan di Korea Selatan,” katanya.

 ?? (Foto ihsan MATRADE) ??
(Foto ihsan MATRADE)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia