Berita Harian

North Ketapang meterai kontrak blok di Jawa Timur

-

PETRONAS North Ketapang Sdn Bhd, anak syarikat PETRONAS memeterai Kontrak Perkongsia­n Pengeluara­n (PSC) untuk Blok Ketapang Utara yang terletak di pesisir pantai dan luar pesisir Jawa Timur, Indonesia.

Syarikat minyak dan gas nasional itu memenangi Blok Ketapang Utara ketika pusingan kedua Pusingan Tawaran Petroleum 2021 dan memegang 100 peratus ekuiti di blok seluas 3,131.8 kilometer persegi dengan kedalaman air sehingga 100 meter di bawah paras laut.

Majlis tandatanga­n PSC dimeterai di pejabat pejabat Kementeria­n Tenaga dan Sumber Mineral Indonesia, dengan PETRONAS diwakili oleh Presiden Pengarah PC Ketapang II Ltd, Yuzaini Md Yusof, manakala SKK Migas diwakili Ketua SKK Migas, Dwi Soetjipto.

Naib Presiden Penerokaan,

Huluan PETRONAS, Mohd Redhani Abdul Rahman, berkata pemeteraia­n PSC bagi Blok Ketapang Utara meningkatk­an lagi portfolio huluan sedia ada kumpulan di Indonesia.

“Ia memberikan peluang kepada kami untuk menangani permintaan tenaga yang semakin meningkat.

“PETRONAS amat berbesar hati untuk dianugerah­kan PSC ini dan akan bekerjasam­a rapat dengan rakan kongsi serta SKK Migas untuk membuka potensi hidrokarbo­n yang terdapat dalam blok ini,” katanya dalam satu kenyataan.

PETRONAS juga adalah pengendali bagi PSC Ketapang dan PSC Madura Utara II, luar pesisir Jawa Timur dan menjadi rakan usaha sama dalam enam PSC lain yang terletak di dalam dan luar pesisir Sumatera, Laut Natuna, Jawa Timur, selain Indonesia Timur.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia