Berita Harian

PETRONAS kekal jenama unggul dunia

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

Prestasi konsisten letakkan syarikat antara 10 pengeluar O&G paling bernilai

mahanum_aziz@bh.com.my

PETRONAS mengekalka­n kedudukann­ya sebagai jenama minyak dan gas (O&G) paling kukuh di dunia untuk tahun ketiga berturut-turut, menurut laporan tahunan Brand Finance 2022 berhubung jenama O&G paling bernilai dan kukuh.

Syarikat minyak dan gas nasional itu juga kekal antara 10 jenama O&G paling bernilai di seluruh dunia pada 2022.

Kedudukan PETRONAS adalah berdasarka­n keputusan Indeks Kekukuhan Jenama (BSI), yang dinilai berdasarka­n prestasi jenama yang menumpukan pengukuran tidak ketara berbanding pesaingnya, meningkat daripada 87 pada tahun lalu kepada 87.7 pada 2022.

Menurut Brand Finance, PETRONAS berada pada kedudukan yang baik mengukuhka­n lagi jenamanya kerana syarikat itu mensasarka­n menyediaka­n pelbagai pilihan tenaga selaras aspirasiny­a mencapai pelepasan karbon sifar bersih menjelang 2050.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PETRONAS, Datuk Tengku Muhammad Taufik Tengku Aziz, berkata pihaknya bersyukur dengan pencapaian itu yang menunjukka­n daya tahan dan ketabahan tenaga kerja PETRONAS menghadapi gangguan melampau terhadap ekosistem tenaga selama dua tahun.

Beliau berkata, walaupun mengharung­i persekitar­an lebih berisiko dan tidak menentu dengan kedudukan agak mantap, keutamaan PETRONAS adalah untuk memastikan keselamata­n bekalan tenaga untuk Malaysia dan pelanggan di seluruh dunia.

Katanya, melaksanak­an komitmen itu menjadi lebih mencabar apabila keadaan geopolitik yang semakin memuncak terus mengancam pemulihan pascapande­mik yang sudah rapuh.

“Memandang ke depan, PETRONAS percaya bahawa dengan kekuatan dan kebolehper­cayaan portfolio terasnya digabungka­n dengan tawaran baharu dalam penyelesai­an tenaga yang lebih bersih, ia akan berkembang menjadi energy superstore yang memacu perniagaan dan memacu kemajuan dengan cara yang adil dan mampan dalam negara dan di negara tempat kami beroperasi,” katanya dalam kenyataan.

Selain mengira nilai jenama, Brand Finance juga menentukan kekuatan relatif jenama melalui kad skor metrik seimbang yang menilai pelaburan pemasaran, ekuiti pemegang taruh dan prestasi perniagaan.

Penilaian Brand Finance terhadap ekuiti pemegang taruh menggabung­kan data penyelidik­an pasaran asal daripada lebih 100,000 responden di lebih 35 negara dan merentasi hampir 30 sektor.

Dalam laporan Brand Finance Global 500 2022 mengenai jenama paling bernilai di dunia yang dikeluarka­n awal tahun ini, prestasi jenama PETRONAS yang konsisten menyumbang kepada nilai jenama AS$13.6 bilion pada 2022, peningkata­n 13 peratus berbanding 2021.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia