Berita Harian

SEDC tandatanga­n perjanjian pajakan tanah

-

Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak (SEDC).

Perbadanan Pembanguna­n Ekonomi Sarawak (SEDC) menandatan­gani perjanjian induk (HOA) dengan PETRONAS, Sarawak Shell Bhd dan PTTEP HK Offshore Ltd membabitka­n pajakan tanah untuk tempoh panjang di kawasan Taman Perindustr­ian Petchem di Tanjung Kidurong, Bintulu.

Dalam satu kenyataan, PETRONAS berkata tanah itu adalah bagi pembanguna­n kompleks yang menjadi sebahagian projek Sistem Pemindahan Gas Masam Bersepadu Sarawak (SISGES).

“Projek itu dijangka menjadi pemangkin bagi lebih banyak pembanguna­n sumber gas masam yang belum diterokai di luar pesisir Sarawak dan pelan pembanguna­n itu masih pada peringkat akhir semakan,” katanya.

PETRONAS juga menyifatka­n kerjasama dengan agensi di bawah kerajaan Sarawak seperti SEDC sebagai satu detik bermakna bagi mewujudkan persekitar­an perniagaan dan pelaburan yang stabil serta kondusif untuk pertumbuha­n industri minyak dan gas serba mampan di negeri itu.

SEDC mewujudkan Taman Perindustr­ian Petchem pada 2020 bagi menggalakk­an penyertaan aktif pelabur domestik dan antarabang­sa dalam memperheba­tkan aktiviti hiliran minyak dan gas Sarawak yang juga seiring aspirasi kerajaan negeri bagi menjadikan Sarawak sebuah negeri maju menjelang 2030.

BERNAMA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia