Berita Harian

FGV terus labur dalam perniagaan tani lestari

- Oleh Mahanum Abdul Aziz

Syarikat tumpu aktiviti lebih bernilai tinggi, capai pulangan lebih stabil mahanum_aziz@bh.com.my

FGV Holdings Bhd (FGV) FGV kekal komited untuk terus melabur serta berkembang ke arah perniagaan tani lestari dan sinergi yang lebih luas selain menyasarka­n untuk bergerak ke arah aktiviti perniagaan lebih bernilai tinggi untuk mencapai pulangan yang lebih stabil.

Pengerusi FGV, Datuk Dzulkifli Abd Wahab, berkata syarikat perladanga­n terkemuka itu berhasrat menjadi antara perniagaan tani mapan terulung di dunia dengan jenama produk yang reputasi tinggi dan keupayaan pengedaran yang kukuh.

Selain itu, beliau berkata, FGV juga meningkatk­an ekspedisi kelestaria­nnya menjadi syarikat perniagaan tani dan makanan pertama di Malaysia yang merasmikan sasaran Pelan Tindakan Iklim dengan Pertubuhan Bangsabang­sa Bersatu (PBB).

Katanya, FGV berhasrat bagi mengubah naratif kelapa sawit Malaysia dengan memastikan pertimbang­an berkaitan alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) terus menjadi keutamaan dalam hal ehwal FGV.

“Kami percaya ini adalah kunci untuk memperjuan­gkan kebaikan minyak sawit yang mampan pada peringkat global dan membantu industri untuk mendapat penerimaan serta sokongan antarabang­sa. Ini juga adalah satu daripada langkah untuk memenuhi keperluan yang semakin meningkat,” katanya dalam kenyataan.

Pada Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) ke-14 yang diadakan secara maya pada Khamis, pemegang saham FGV meluluskan semua resolusi pada mesyuarat itu dengan jumlah peratusan setiap saham undian setuju daripada 13 resolusi adalah hampir 100 peratus.

Selain itu, satu daripada agenda dibentangk­an adalah kenaikan yuran dan elaun Pengerusi dan Lembaga Pengarah seperti dicadangka­n selepas mengambil kira kompleksit­i dan jumlah perniagaan vertikal FGV berbanding syarikat perladanga­n lain.

FGV akan terus berusaha untuk mengekalka­n momentum untuk memenuhi jangkaan dan harapan pemegang saham bagi mencapai sasaran yang telah ditentukan bagi 2022.

Bagi 2022, FGV akan memastikan Pelan Strategik Perniagaan berupaya menyediaka­n manfaat kepada pemegang saham, terutama peneroka FELDA apabila FELDA menjadi pemegang saham terbesar pada penghujung 2021 dengan jumlah saham 79.80 peratus.

FGV menjangkak­an untuk menjalin sinergi yang berman

Pengerusi FGV faat kepada kedua-dua pihak menerusi hubungan yang lebih rapat antara FELDA dan FGV, dipacu oleh komunikasi jelas mengenai perkongsia­n matlamat dan jajaran strategik yang lebih responsif.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia