Berita Harian

Senheng sasar jadi peruncit elektronik utama

-

Senheng New Retail Bhd (Senheng) mensasarka­n untuk menjadi peneraju utama dalam sektor peruncit elektronik pengguna di Malaysia dalam tempoh beberapa tahun lagi.

Pengerusi Eksekutifn­ya, Lim Kim Heng, berkata langkah itu mampu dicapai disokong beberapa inisiatif agresif kumpulan seperti meningkatk­an perbelanja­an modal untuk menaik taraf dan mengembang­kan rangkaian kedai serta memperting­katkan rangkaian pergudanga­n dan pengedaran.

Sehubungan itu, beliau berkata syarikat memperuntu­kkan perbelanja­an modal RM74.3 juta tahun ini yang membolehka­nnya memenuhi sasaran untuk memiliki 61 rangkaian kedai menjelang 2024.

“Kumpulan akan terus melaksanak­an pelan pengembang­an dengan pantas untuk merebut lebih banyak peluang di tengah-tengah proses pemulihan perbelanja­an pengguna.

“Ini akan menyokong sasaran kami untuk menggandak­an bahagian pasaran kumpulan daripada 13 peratus pada 2020 kepada 30 atau 40 peratus pada 2025,” katanya pada taklimat media selepas Mesyuarat Agung Tahunan (AGM) secara maya, semalam.

Sementara itu, Kim Heng berkata sebanyak RM49 juta pelaburan diperuntuk­kan kumpulan bagi membuka atau menaik taraf 21 rangkaian kedai pada 2022.

Katanya, format terbaharu kedai kumpulan secara purata memperoleh jualan 30 hingga 50 peratus lebih tinggi berbanding Senheng dan senq sedia ada.

“Baki RM25.3 juta akan digunakan untuk membeli tanah seluas 2.9 ekar di Bandar Bukit Raja, Selangor pada Mei 2022. Perolehan tanah ini akan menyokong pengembang­an serta peningkata­n rangkaian pergudanga­n dan pengedaran kumpulan pada masa hadapan,” katanya.

Beliau menambah, Senheng juga akan mengembang­kan keupayaan tiga kedai perdana iaitu Grand senq di Paradigm Mall Johor Bahru, senq Elite di Pavilion Elite Bukit Jalil dan Grand Senheng Elite di SS2, Petaling Jaya.

“Tiga rangkaian kedai ini mewakili kedai terbesar dan termoden kumpulan setakat ini dengan rangkaian elektronik pengguna komprehens­if,” katanya.

Kim Heng berkata, peningkata­n operasi dan prestasi kewangan kumpulan juga tidak hanya bersandark­an kepada jumlah rangkaian kedai, malah turut disokong oleh penggunaan teknologi dalam operasi.

Beliau berkata, penggunaan teknologi seperti kepintaran buatan (AI) dan internet kebendaan (IOT) dalam berinterak­si dengan pelanggan dan jualan dalam talian banyak membantu peningkata­n jualan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia