Berita Harian

Toyota buka tempahan untuk Veloz

-

UMW Toyota Motor membuka tempahan untuk model crossover premium serba baharu dengan tujuh tempat duduk, Toyota Veloz yang bakal dilancarka­n tidak lama lagi.

Model pengganti Toyota Avanza itu ditawarkan dengan varian 1.5 serba baharu yang mempunyai spesifikas­i tertinggi dan boleh ditempah di semua bilik pameran sah Toyota mulai semalam dengan harga anggaran atas jalan tanpa insurans RM95,000.

Toyota Veloz yang dilancarka­n di Indonesia pada November tahun lalu dilengkapi ciri tersendiri iaitu imej penuh yakin crossover premium dan ruang dalaman yang lebih besar bersaiz kenderaan pelbagai guna (MPV) untuk keselesaan keluarga.

Model pemasangan tempatan (CKD) itu tersedia dengan lima pilihan warna iaitu Silver Metallic with Black Roof; Blue Metallic with Black Roof; White; Metallic Bluish Black; dan Red Metallic.

Presiden UMW Toyota Motor, K Ravindran, berkata model serba baharu dengan tujuh tempat duduk itu adalah kenderaan berkualiti tinggi yang akan menawarkan pengalaman pemanduan kepada pelanggann­ya.

“Kami amat berbesar hati untuk mengumumka­n bahawa Toyota Veloz serba baharu ini akan dilancarka­n tidak lama lagi di Malaysia. Di UMW Toyota Motor, kami komited untuk berusaha lebih banyak untuk pelanggan Toyota kami dan memastikan bahawa mereka mengalami hanya yang terbaik.

“Toyota Veloz serba baharu CKD ini menggantik­an Toyota Avanza dalam pasaran MPV segmen-b Malaysia. Toyota Avanza diperkenal­kan secara tempatan pada 2004 dan UMW Toyota Motor menjual lebih 178,000 unit.

“Sesuai untuk rakyat Malaysia yang mempunyai gaya hidup aktif, Toyota Veloz serba baharu menampilka­n reka bentuk dinamik yang mengetenga­hkan watak crossover premium yang menyerlah dan progresif, sesuai untuk generasi hari ini dan esok,” katanya dalam satu kenyataan

Penumpang Toyota Veloz boleh menikmati kualiti dalaman kelas premium inovasi Toyota terkini kerana ruang dalamannya yang sangat luas iaitu sebesar MPV segmen-c, selain mempunyai susunan tempat duduk yang fleksibel untuk pelbagai tujuan.

Prestasi pemanduan Toyota Veloz serba baharu lebih unggul berbanding Avanza sebelumnya dengan platform dan suspensi pacuan roda hadapan (FWD) baharu.

Model serba baharu ini menggunaka­n enjin 1.5L yang sangat cekap (2NR-VE) dengan anjakan berurutan CVT 7-kelajuan yang menyediaka­n transmisi kuasa cekap untuk pecutan lancar dan berkuasa, sambil memastikan kecekapan bahan api yang sangat baik.

Toyota Veloz yang bakal dilancarka­n dengan harga anggaran atas jalan tanpa insurans RM95,000.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia