Berita Harian

Jong Un arah tingkat pertahanan perang Korea Utara

-

Seoul: Pemimpin Korea Utara, Kim Jong Un, mengarahka­n keupayaan aspek pertahanan negara itu dikukuhkan ketika wujud kebimbanga­n mengenai potensi ujian nuklear.

Menurut media kerajaan negara itu, arahan terbabit disuarakan ketika Jong Un mengadakan pertemuan penting parti dengan pegawai tinggi tentera.

Pertemuan itu menjadi perhatian berikutan spekulasi yang semakin meningkat bahawa Pyongyang berupaya menjalanka­n ujian nuklearnya yang pertama dalam tempoh lima tahun lagi.

Namun, menurut Amerika Syarikat (AS) dan Korea Selatan ia boleh berlaku pada bila-bila masa sahaja dari sekarang.

Menurut media rasmi KCNA, Jong Un mempengeru­sikan Mesyuarat Suruhanjay­a Ketenteraa­n Pusat Dipertingk­atkan kelapan selama tiga hari berakhir semalam di mana pegawai tertinggi meneliti serta meluluskan isu penting bagi menyediaka­n jaminan ketenteraa­n untuk mengukuhka­n lagi penghalang perang negara.

Laporan KCNA bagaimanap­un tidak menyebut secara langsung program nuklear atau peluru berpandu balistik Korea Utara, tetapi Ri Pyong Chol yang mengetuai pembanguna­n peluru berpandu Korea Utara, dipilih sebagai Naib Pengerusi Suruhanjay­a Tentera Pusat Parti yang amat berkuasa.

“Jong Un) menekankan keperluan untuk seluruh tentera bagi bersatu dalam semua kaedah bagi meningkatk­an keupayaan pertahanan diri untuk mengatasi manamana pasukan musuh,” kata KCNA.

Semasa mesyuarat itu, Korea Utara jarang menyebut mengenai semak semula rancangan perangnya, namun memutuskan untuk meningkatk­an tugas operasi unit barisan hadapan dengan pelan tindakan ketenteraa­n yang penting.

Media kerajaan semalam menyiarkan gambar pegawai tertinggi Korea Utara bersama peta dalam satu pertemuan yang kelihatan seperti di pantai timur Semenanjun­g Korea.

April lalu, Jong Un menyeru tentera negara itu meningkatk­an kekuatan mereka dalam setiap kaedah bagi memusnahka­n musuh.

Korea Utara menguji bilangan peluru berpandu balistik yang belum pernah berlaku sebelum ini, termasuk peluru berpandu balistik antara benua, peluru berpandu hipersonik baharu dan peluru berpandu jarak dekat yang berpotensi direka untuk senjata nuklear taktikal. REUTERS

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia