Berita Harian

Lebih 3,200 kes cacar monyet dilapor

-

Bengaluru: Lebih 3,200 kes cacar monyet yang disahkan dan satu kematian dilaporkan kepada Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) sebagai sebahagian daripada wabak semasa.

Terdapat keperluan untuk pengawasan yang lebih intensif dalam komuniti yang lebih luas, kata Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesu­s kelmarin, sambil menambah bahawa kes di negara bukan endemik masih kebanyakan­nya dalam kalangan lelaki yang melakukan hubungan seks dengan lelaki.

“Transmisi dari orang ke orang sedang berlaku, namun ia mungkin dipandang remeh,” kata Tedros pada mesyuarat Jawatankua­sa Kecemasan Peraturan Kesihatan Antarabang­sa (2005).

Mesyuarat pakar diadakan oleh WHO untuk memutuskan sama ada mengisytih­arkan cacar monyet sebagai kecemasan kesihatan global.

‘Kecemasan kesihatan awam yang membimbang­kan antarabang­sa’ ialah tahap kewaspadaa­n tertinggi WHO.

Empat puluh lapan negara melaporkan kes dalam wabak semasa, yang bermula pada Mei.

Terdapat hampir 1,500 kes disyaki cacar monyet tahun ini di Afrika Tengah dan 70 kematian, kata Tedros.

Ketua WHO menyeru negara anggota untuk berkongsi maklumat mengenai virus itu kerana ia akan membantu agensi itu dalam matlamatny­a untuk menyokong negara bagi membendung penularan. REUTERS

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia