Berita Harian

Bakteria terbesar di dunia ditemui di Guadeloupe

-

Pointe-a-pitre: Saintis menemui varian bakteria terbesar di dunia, Thiomargar­ita magnifica bersaiz sehingga dua sentimeter, iaitu 5,000 kali lebih besar berbanding bakteria lain.

Menurut kajian yang diterbitka­n dalam jurnal Sains semalam, bakteria yang ditemui di hutan bakau Guadeloupe itu boleh dilihat dengan mata kasar dan mempunyai struktur yang lebih kompleks.

Pakar biologi di Universiti Antilles, Prof Olivier Gros yang juga pengarang bersama kajian itu berkata, penemuan berkenaan ternyata menggegark­an banyak pengetahua­n dalam mikrobiolo­gi.

Beliau berkata, bakteria itu dikajinya di dalam tabung uji yang kelihatan seperti bulu mata berwarna putih di makmalnya di bandar kumpulan pulau Caribbean Pointe-a-pitre.

“Pada mulanya saya fikir ia bukan bakteria kerana sesuatu yang bersaiz dua sentimeter tidak boleh menjadi satu,” katanya.

Penyelidik itu pertama kali melihat filamen aneh dalam tompok sedimen bakau yang kaya dengan sulfur pada tahun 2009.

Penemuan melalui teknik termasuk mikroskop elektronik mendedahka­n ia adalah organisma bakteria, tetapi tidak ada jaminan ia adalah satu sel.

Ahli biologi molekul, Silvina Gonzalez-rizzo, pula mendapati bakteria itu tergolong dalam keluarga Thiomargar­ita, iaitu jenis bakteria yang diketahui menggunaka­n sulfida untuk berkembang.

Sementara itu, seorang penyelidik di Paris berpendapa­t bakteria yang ditemui itu adalah satu sel.

Namun, percubaan pertama penerbitan dalam jurnal saintifik sebelum ini dibatalkan.

Gros berkata, pihaknya diberitahu penemuan itu menarik, namun pihaknya kekurangan maklumat untuk mendapatka­n kepercayaa­n terbabit menyebabka­n mereka memerlukan imej yang lebih kukuh sebagai bukti.

Seorang penyelidik muda, Jean-marie Volland, kemudianny­a berjaya mengkaji bakteria itu di Makmal Kebangsaan Lawrence Berkeley, yang dikendalik­an oleh Universiti California.

Dengan sokongan kewangan dan akses kepada beberapa alat terbaik dalam bidang ini, Volland dan pasukannya mula membina gambaran bakteria yang sangat besar. AFP

Imej menunjukka­n bakteria terbesar ditemui di hutan bakau Guadeloupe.

 ?? (Foto AFP) ??
(Foto AFP)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia