Berita Harian

Ukraine putuskan jadi calon sertai EU

-

Seorang wanita melawat pameran foto ‘perang belum berakhir’ di taman Taras Shevchenko, Kyiv, kelmarin.

Langkah cetus kemarahan Moscow dalam pergelutan dapatkan Kyiv

Kyiv: Ukraine membuat tindakan geopolitik yang berani selepas penceroboh­an Russia ke negara itu, apabila memutuskan menjadi calon untuk menyertai Kesatuan Eropah (EU).

Kyiv dan Brussels menyifatka­n tindakan Ukraine itu sebagai suatu detik bersejarah.

Menurut seorang penasihat Kerajaan Ukraine, tindakan itu akan menjadi rangsangan semangat buat Ukraine yang sedang dilanda peperangan apabila serangan Russia ke atas dua bandar di wilayah timur Donbas kini menuju ke arah kemuncak yang menakutkan.

Selepas pengumuman rasmi mengenai keputusan itu, Presiden Volodymyr Zelenskiy menyatakan masa depan Ukraine adalah bersama EU.

“Masa depan Ukraine adalah dengan EU,” katanya di Twitter.

Ketua Suruhanjay­a Eropah, Charles Michel, turut menyatakan ia adalah satu detik bersejarah.

“Kita akan bersama dalam melakar masa depan,” katanya di Twitter.

Kelulusan permohonan Kyiv melalui pertemuan pemimpin EU di Brussels kelmarin akan menimbulka­n kemarahan Russia dalam pergelutan­nya untuk mendapatka­n Ukraine.

Moldova juga menjadi calon rasmi kelmarin, menandakan hasrat blok itu menggapai lebih jauh ke atas bekas Kesatuan Soviet itu.

Semalam genap empat bulan penceroboh­an Russia ke atas Ukraine apabila Presiden Vladimir Putin menghantar tentera melintasi sempadan melalui ‘operasi ketenteraa­n khas’ yang dicetuskan sebahagian­nya oleh penceroboh­an Barat ke dalam apa yang Russia anggap adalah di bawah pengaruhny­a.

Konflik itu, yang dilihat Barat sebagai perang penceroboh­an yang tidak wajar oleh Russia mengorbank­an ribuan orang, selain jutaan mangsa lain kehilangan tempat tinggal.

Krisis perang bermula 24 Februari lalu itu turut memusnahka­n bandar, manakala penguranga­n eksport makanan dan tenaga menjejaska­n negara di seluruh dunia. REUTERS

 ?? (Foto AFP) ??
(Foto AFP)

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia