Berita Harian

Australia mahu berbaik dengan Perancis

-

Sydney: Perdana Menteri baharu Australia, Anthony Albanese, berkata hubungan dengan Perancis perlu ‘diperbahar­ui semula’ selepas pertikaian buruk berhubung kontrak kapal selam berbilion-bilion dolar yang dibatalkan.

“Adalah penting untuk memperbaha­rui semula hubungan itu.

“Perancis, sudah tentu, adalah pusat kuasa di Eropah, tetapi ia juga kuasa utama di Pasifik,” kata Albanese kepada penyiar nasional ABC dalam temu bual malam semalam.

Pemimpin Australia itu berkata, beliau akan bertemu dengan Presiden Perancis, Emmanuel Macron minggu depan di Paris, pertemuan pertama mereka sejak pilihan raya Australia pada Mei yang menyaksika­n parti Buruh berhaluan tengah Albanese mengambil alih kuasa.

Hubungan antara kedua-dua negara renggang tahun lalu apabila Australia membatalka­n kontrak kapal selam dengan Perancis untuk menyertai perkongsia­n AUKUS dengan Amerika Syarikat (AS) dan Britain.

Pegawai Perancis berkata, mereka hanya mengetahui mengenai AUKUS daripada laporan media dan kemarahan yang meningkat menyebabka­n Macron melabel pendahulu Albanese, Scott Morrison sebagai pembohong.

Albanese memberitah­u ABC bahawa untuk menebus perjanjian kapal selam yang dibatalkan, Australia boleh menawarkan ‘hubungan antara pemimpin masing-masing yang tidak akan dibocorkan untuk menjadi tajuk utama berita dalam akhbar’.

Komen-komen itu dilihat sebagai meleret terhadap bekas Kerajaan

Australia berhubung mesej teks antara Perdana Menteri Morrison dan Macron yang dibocorkan kepada akhbar tempatan - kononnya untuk membuktika­n orang Perancis mengetahui mengenai AUKUS.

Australia baru-baru ini menyelesai­kan perjanjian pampasan sebanyak 555 juta euro (2.57 bilion) dengan syarikat Perancis, Naval Group berhubung kapal selam yang dibatalkan itu - menjadikan jumlah kos program terbatal itu kepada AS$2.3 bilion (RM10.13 bilion). AFP

Perdana Menteri Australia

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia