Berita Harian

Duta Perintis sedia pemandanga­n semula jadi

Projek mampu milik IJM Land di Alam Suria, Puncak Alam

-

Mengenai reka bentuk pula, setiap unit mempunyai susun atur praktikal dengan akses kawasan pengudaraa­n silang dan peredaran udara yang cekap.

Berorienta­sikan aspek utara selatan, kediaman yang ditawarkan itu meminimumk­an penggunaan haba dan pada masa sama mengurangk­an penggunaan elektrik.

Banyak kemudahan terdapat di Duta Perintis, meliputi semua keperluan santai pendudukny­a seperti kolam renang, ruang BBQ dan dewan serba guna, yang akan menjadikan tempat berkumpul komuniti lebih baik, sekali gus mampu memupuk hubungan persahabat­an dan membolehka­n interaksi yang bermakna berlaku.

Kemudahan kepada ibu bapa

Cadangan pembinaan tadika dalam pembanguna­n itu sudah pasti akan memberi kemudahan kepada ibu bapa bekerjaya, selain kewujudan kedai dobi dan kiosk turut dicadangka­n.

Selain itu, terdapat taman permainan kanak-kanak, gelanggang badminton, gimnasium dan banyak lagi untuk memperkasa­kan kehidupan penduduk.

Bagi memastikan standard kualiti ditekankan, pasukan pengurusan hartanah dan penyelengg­araan yang berdedikas­i tinggi telah ditugaskan untuk menyediaka­n perkhidmat­an selepas jualan sebelum jawatankua­sa pengurusan dipilih.

Reka bentuk keseluruha­n pembanguna­n itu juga perlu teliti bagi memastikan ia dihargai sepenuhnya. Pusat utama di aras tanah menghubung­kan kemudahan asas dengan blok penduduk dan pintu masuk utama tanpa halangan penglihata­n.

Konsep reka bentuk terbuka dan pengudaraa­n silang di seluruh kawasan umum mendedahka­n pembanguna­n itu kepada kawasan sekeliling yang hijau dan kediaman bertanah yang dibina di perbandara­n berkenaan.

Memperkuku­hkan lagi pembanguna­n kediaman itu adalah sistem keselamata­n 24 jam yang tersedia untuk memastikan ketenangan fikiran penduduk dan pelawat, seterusnya menyumbang kepada kejiranan yang santai dan mempesona.

Dari segi ketersambu­ngan, ia adalah lokasi strategik memandangk­an perbandara­n Alam Suria memiliki akses mudah ke Shah Alam, Petaling Jaya dan Kuala Lumpur.

Alam Suria dihubungka­n dengan rangkaian lebuh raya utama , antara lain seperti Lebuhraya Lembah Klang Utara, Lebuhraya Persekutua­n, Lebuhraya ELITE, Lebuhraya Koridor Guthrie dan Lebuhraya LATAR.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia