Berita Harian

Kereta elektrik sebenar

Volvo XC40 Recharge Pure Electric terbukti berkuasa

-

Oleh Mohd Zaky Zainuddin

Baru-baru ini, penulis diberi peluang memandu uji Volvo XC40 Recharge Pure Electric yang baharu dilancarka­n di Malaysia.

Satu benda yang cukup merisaukan penulis ketika memandu uji kereta elektrik sepenuhnya di Malaysia. Tidak lain tidak bukan ialah stesen pengecasan.

Ini kerana tidak banyak tempat pengecasan awam berbayar yang wujud terutamany­a di kawasan pinggir dan luar bandar.

Mujurlah penulis menetap di Putrajaya dan ada dua lot pusat pengecasan di Presint 16 (itupun satu lot tidak berfungsi) tetapi kuasa yang ditawarkan adalah agak rendah.

Untuk mengecas penuh daripada baki 30 peratus mengambil masa lebih 5 jam!. Jadi penulis terpaksa meninggalk­an XC40 Recharge Pure Electric dan berbasikal pulang ke rumah. Mujurlah basikal lipat penulis muat dengan but belakang model ini (selepas tempat duduk belakang direbahkan).

Volvo Car Malaysia ada menyediaka­n kabel untuk pengecasan di rumah tetapi mustahil untuk digunakan memandangk­an penulis menetap di kediaman bertingkat.

Pengalaman dihadapi ekoran isu pusat pengecasan tidak akan membayangi pengalaman buat kali pertama penulis memandu uji kereta elektrik penuh XC40 Recharge Pure Electric.

Untuk rekod, model ‘cantik molek’ ini adalah sebahagian daripada wawasan global Volvo untuk menjadi syarikat elektrik sepenuhnya menjelang 2030.

Ia juga menandakan komitmen jitunya yang sehingga ke hari ini menjadikan Volvo sebagai satu-satunya pengeluar automotif di Malaysia yang menghasilk­an model dengan pemasangan tempatan (CKD) bagi rangkaian hibrid plug-in (PHEV).

XC40 Recharge Pure Electric adalah EV pertama Volvo di Malaysia, di mana jenama kereta mewah pertama di negara ini yang membuat pemasangan tempatan EV dalam bentuk unit CKD.

Kuasa tiada bandingan

Dibina di atas platform SUV premium kecil XC40, XC40 Recharge Pure Electric menampilka­n penjana kuasa pacuan semua roda elektrik sepenuhnya yang menawarkan jarak pemanduan sehingga 418 kilometer (km) dalam sekali caj.

Pengenalan XC40 Recharge Pure Electric menandakan kejayaan Volvo

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia