Berita Harian

Lebih gah dengan enjin kecil

-

masa nyata, yang secara automatik memindahka­n tork ke roda belakang berdasarka­n permintaan, disamping menambah baik pengendali­an mengikut keadaan jalan yang berbeza-beza.

Kualiti terbaik

Enjin 1.5L TGDI dibina di Tanjung Malim, di barisan pengeluara­n baharu yang memenuhi piawaian kualiti yang ketat yang mandatori bagi salah satu enjin pemasangan tempatan yang paling canggih di Malaysia.

“Pemasangan tempatan (CKD) enjin 1.5L TGDI mempamerka­n komitmen PROTON terhadap penyelidik­an dan pembanguna­n automotif bagi generasi akan datang, serta keupayaan pengeluara­n kami. Kami berazam untuk mengembang­kan laluan kami ke ekonomi IR4.0, dan ini hanyalah satu kejayaan dalam pelan hala tuju teknologi kami,” tambah Roslan.

Selain daripada enjin, Proton X70 2022 juga menawarkan ciri yang dipertingk­atkan untuk keselesaan pemandu dan penumpang serta rupa yang diperbahar­ui. Ini juga termasuk kemasan hitam kuarza pada bampar hadapan dan belakang, roda aloi 19 inci baharu, pintu belakang berkuasa dengan sensor kaki dan tempat duduk kulit Nappa dengan lapisan utama hitam baharu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia