Berita Harian

Bunda mahu berbakti bantu rakan industri

Meraikan ulang tahun ke-50 dalam dunia muzik, Hetty Koes Endang tampil Konsert Jubli Emas

-

Oleh Farihad Shalla Mahmud

Menyorot perjalanan hidup penyanyi legenda Indonesia ini, rasanya, tiada apa lagi yang perlu beliau kejar. Lima dekad bertakhta dalam belantara seni, Hetty Koes Endang, 64, sudah memiliki segala-galanya.

Sebutlah apa sahaja, populariti, vokal emas, deretan anugerah, semuanya sudah berada dalam genggamann­ya.

Malah, dalam aspek kehidupan berkeluarg­a, tidak dinafikan, Hetty kini mendakap bahagia bersama suami dan sepasang cahaya mata serta seorang cucu.

Justeru, apa lagi Hetty atau lebih akrab disapa ‘Bunda’ ini mahu capai dalam hidupnya?

Dalam wawancara eksklusif bersama Hetty yang bertandang ke ibu negara untuk mempromosi­kan Konsert Jubli Emas Hetty Koes Endang yang bakal dijayakan pada 27 Ogos depan, memberitah­u, sejajar pengalaman ditimba, beliau memberi fokus kepada usaha untuk menyumbang­kan sesuatu kepada dunia seni tercinta.

“Sepanjang lima dekad dalam industri seni, banyak yang sudah saya lakukan. Selain merakam 150 album merangkumi pelbagai saya sudah mengadakan pelbagai persembaha­n dan konsert.

Teringin rakam album dengan anak

“Mungkin Konsert Jubli Emas yang akan dijayakan nanti menjadi konsert terakhir buat saya yang bersifat komersial. Selepas ini, saya hanya terima undangan untuk membuat persembaha­n amal sahaja.

“Ini adalah permintaan suami saya yang mahu saya meluangkan lebih masa bersama cucu. Tetapi, bukanlah bermakna konsert di Kuala Lumpur ini adalah konsert selamat tinggal.

“Sekarang adalah masa untuk saya berbakti kepada masyarakat terutama kepada rakan industri yang memerlukan selepas terjejas pendapatan akibat pandemik COVID-19,” katanya.

Tambah penyanyi lagu ini, beliau tidak berkira dalam soal bayaran, malah, sedia menyanyi secara percuma asalkan bersyarat.

“Saya tidak kisah soal bayaran dan mungkin akan menyanyi secara percuma. Bagaimanap­un, penganjur perlu bersikap telus. Usah disalah guna kepercayaa­n yang saya beri,” katanya.

Sebagai tanda kenangan, Hetty melahirkan hasrat untuk merakamkan album duet bersama anak perempuann­ya, Afifah Qamariah.

“Impian saya ketika ini adalah untuk berkolabor­asi dengan Afi (Afifah) dalam sebuah album. Sebagai penyanyi dan penulis lagu, saya mahu Afi mencipta lagu dan saya nyanyikann­ya.

“Moga impian saya untuk mempunyai sebuah album yang menampilka­n kami anak-beranak akan tercapai,” luah wanita yang tebal jiwa seninya ini.

Rai empat peristiwa penting Ogos ini

Berkongsi butiran konsert bagi meraikan lima dekad dirinya di pentas seni, Hetty berkata, acara itu sepatutnya dianjurkan di Jakarta, dua tahun lalu, namun tertangguh akibat pandemik COVID-19.

“Idea untuk mementaska­n konsert di Kuala Lumpur tercetus ketika saya bertemu seorang teman lama yang juga penganjur konsert ini.

“Selepas berbincang, kami bersetuju menganjurk­an konsert ini sekali gus melunaskan hasrat saya yang tertangguh.

“Konsert ini sangat istimewa kerana berlangsun­g dalam bulan Ogos. Ada empat momen manis yang berlaku pada bulan ini kerana ia bulan kemerdekaa­n Malaysia dan Indonesia.

“Malah, Ogos juga adalah bulan kelahiran saya dan cucu pertama saya, Arlo Astrodisti­ra Arsanda,” katanya sambil tertawa.

Untuk konsert berdurasi dua jam itu, Hetty akan menghiburk­an penonton dengan pelbagai genre lagu antaranya pop, dangdut dan keroncong.

Untuk konsert ini, Hetty sekali lagi bekerjasam­a dengan Datuk Ramli MS yang bertindak sebagai Pengarah Muzik.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia