Berita Harian

Shila tak serik, terbuka terima cinta baharu

Diburu rakan artis tagih cinta selepas empat bulan bercerai Sukar untuk dijelaskan apabila ada yang bertanya mengenai perceraian kami. Justeru, saya harap lagu Jauh Hati mampu menceritak­an segala-galanya.

-

Oleh Farihad Shalla Mahmud

Keruntuhan rumah tangga tidak sesekali membuatkan penyanyi yang menempa nama di negara Tembok Besar China, Shila Amzah, 32, serik untuk kembali mencari calon suami.

Meskipun hatinya pernah patah seribu disebabkan mahligai dibina atas dasar cinta berkecai di pertengaha­n jalan, namun, penyanyi lagu

itu enggan menghukum diri dan terus merintih, sekali gus menolak kebahagiaa­n yang hadir di depan mata.

“Saya tak pernah serik untuk kembali bercinta dan mendirikan rumah tangga. Malah, pintu hati ini juga terbuka menerima kehadiran orang baharu.

“Untuk apa saya terus merintih atas kegagalan rumah tangga? Saya masih muda dan berhak mengecapi kebahagiaa­n yang belum pernah dirasakan sebelum ini.

“Lagipun, saya tak boleh pukul rata dengan menyatakan semua lelaki sama. Perempuan juga tidak semuanya sempurna.

“Sebagai manusia, kita ada kelebihan dan kekurangan. Jadi, saya kena berkomprom­i kerana manusia tiada yang dilahirkan sempurna,” katanya kepada

Mahu yang serasi

Ditanya apakah ciri-ciri lelaki yang bakal menjadi calon suami, pemilik nama lengkap, Nur Shahila Amir Amzah mengakui, dia tidak lagi cerewet seperti sebelum ini.

“Jika dahulu, saya sukakan lelaki tinggi dan bijak, namun, saya tiada kriteria tertentu, kali ini. Cukuplah, jika kami mempunyai keserasian. “Kalau boleh biarlah bicara kami senada. Guna bahasa cinta sama dan jika bergaduh pun, guna bahasa serupa.

“Penatlah apabila pemikiran tidak sama kerana ia akan membuatkan keadaan semakin rumit,” luahnya dalam satu pertemuan bersama sekumpulan pengamal media diadakan di Restoran Puteri, Sungai Penchala, Kuala Lumpur, kelmarin. Diusik pertanyaan apakah kini menjadi buruan lelaki yang mahu menagih cinta, Shila tidak menolak kebenaran itu.

“Ramai lelaki cuba mendekati, ada artis dan orang biasa. “Saya juga terbuka jika ditakdirka­n bertemu jodoh dengan lelaki bangsa asing. Ini kerana saya tidak meletakkan bangsa atau agama sebagai sesuatu yang mustahak.

“Ada kalanya lelaki bangsa asing yang mendalami agama Islam mampu membimbing kita ke arah lebih baik.

“Cuma, saya akan mengelak jika lelaki itu milik orang,” ungkap Shila.

Februari lalu, menerusi perkongsia­n menerusi Instagram, Shila mengesahka­n bercerai dengan bekas suami, Haris Idraki Elias.

Menerusi entri itu, Shila melahirkan rasa syukur selepas urusan perceraian­nya selesai dan berjalan lancar.

Lagu bakal ke AJL

Beralih perkembang­an kerjaya seni, Shila memaklumka­n bakal mengeluark­an beberapa termasuk lagu duetnya bersama penyanyi Liza Hanim.

“Saya dan Liza rapat selepas menyertai program realiti. Selepas mencapai kata persetujua­n, kami mencari komposer dan terhasil lagu

ciptaan Aliff Iskandar. “Berdasarka­n kualiti dan penyatuan vokal, saya yakin lagu adalah karya untuk ke

(AJL),” ujar Shila optimis. Selain lagu duet, Shila juga bakal muncul dengan lagu solo yang disifatkan sebagai penjelasan kepada punca perceraian­nya dengan Haris.

“Lagu berjudul saya cipta pada hari kami bercerai. Pada siang, talak dilafazkan, malam pula saya siapkan lagu ini.

“Saya mengambil masa menyiapkan­nya dalam tempoh 12 minit.

“Sukar untuk dijelaskan apabila ada yang bertanya mengenai perceraian kami. Justeru, saya harap lagu

mampu menceritak­an segalagala­nya.

“Ia umpama luahan perasaan saya terhadap apa yang berlaku,” cerita Shila jujur.

 ?? (Foto Amirudin Sahib/bh) ??
(Foto Amirudin Sahib/bh)
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia