Berita Harian

Pemain tukar jersi

-

United, Chelsea melepas Penyerang RB Leipzig, Christophe­r Nkunku akan kekal di kelabnya selepas menandatan­gani perjanjian baharu selama dua tahun.

Berita berkenaan pasti mengejutka­n Chelsea dan Manchester United yang masing-masing dikaitkan dengan penyerang berusia 24 tahun itu.

Ronaldo beri kata dua Cristiano Ronaldo dilaporkan meminta Manchester United meningkatk­an usaha dalam pasaran perpindaha­n atau dia akan meninggalk­an Old Trafford, musim ini.

Pemain berusia 37 tahun itu mahu membantu Red Devils kembali ke zaman kegemilang­an di bawah kendalian Erik ten Hag, namun bimbang United belum membuat pembelian sejak jendela perpindaha­n dibuka.

Akhbar Portugal, Record mendakwa Ronaldo percaya dengan gaya bola sepak menyerang Ten Hag tetapi bimbang kelabnya bergelut dalam mendapatka­n pemain terbaik.

Ten Hag pikat Antony Manchester United semakin yakin untuk mendapatka­n pemain sayap Ajax, Antony.

Pemain Brazil itu adalah seorang daripada bintang Erik ten Hag di Amsterdam dan boleh menjadi pemain pertama ditandatan­gani sejak bergelar pengurus United.

Skuad The Reds Devils mahu membawa masuk sekurangku­rangnya seorang penyerang kelas dunia menjelang musim baharu ini.

Bayern ‘beku’ Lewandowsk­i Bayern Munich menegaskan bahawa Robert Lewandowsk­i bukan untuk dijual walaupun penyerang itu hanya ada setahun dalam kontraknya di kelab itu.

Bayern belum memberitah­u wakil Lewandowsk­i berapa yang mereka mahukan untuk penyerang Poland itu.

Bulan lalu, Sky melaporkan pemain berusia 33 tahun itu tidak mahu menyambung kontraknya pada penghujung 2022/23.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia