Berita Harian

Chelsea di depan sambar Neymar

-

London: Chelsea dilaporkan berada di petak depan bagi mendapatka­n Neymar dengan banyak lagi kelab utama Eropah bertarung bagi menandatan­gani bintang Brazil itu.

Neymar melalui kempen yang sukar di Paris Saint-germain (PSG) musim lalu apabila kalah pada Liga Juara-juara di tangan Real Madrid.

Selepas kekecewaan itu, bintang Brazil terbabit diejek penyokong sendiri.

Mauricio Pochettino pula sudah keluar dari Parc des Princes, manakala pengarah sukan yang baharu, Luis Campos akan datang ke ibu kota Perancis itu.

Perubahan berkenaan mungkin menjadi sebab pemergian Neymar.

Juara Ligue 1 itu mendapatka­n Neymar dari Barcelona pada musim panas 2017, tetapi pemain itu gagal menepati jangkaan bagi membantu PSG mencari kejuaraan sulung pada Liga Juarajuara.

Menurut GOAL, sikap Neymar dan prestasi buruk menyebabka­n PSG bersedia melepaskan­nya, manakala hubunganny­a dengan Kylian Mbappe juga tidak begitu baik ketika bintang muda Perancis itu kini menjadi watak utama di Paris.

Perpindaha­n ke Liga Perdana Inggeris dilihat paling sesuai berdasarka­n faktor kewangan berbanding liga utama lain di Eropah.

Menurut Sky Bet, Chelsea kini berada di petak depan bagi melengkapk­an perpindaha­n besar ke Stamford Bridge.

Ketika Romelu Lukaku akan dipinjamka­n ke Inter Milan, Blues memerlukan kekuatan di bahagian serangan dan Neymar pasti mampu melakukann­ya.

AGENSI

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia