Berita Harian

Real idam sentuhan Son

-

London: Real Madrid dilaporkan mensasarka­n Son Heungmin sebagai sasaran musim ini bagi menguatkan bahagian serangan mereka.

Son, 29, melalui musim cemerlang dalam Liga Perdana bersama Tottenham musim lalu - menjaringk­an 23 gol untuk meraih anugerah Kasut Emas bersama penyerang Liverpool, Mohamed Salah.

Menurut wartawan, Rudy Galetti, Real Madrid sedang memantau bintang Korea Selatan itu selepas prestasi hebatnya di depan gawang dan tidak lama lagi akan cuba memasuki pasaran perpindaha­n pemain.

Carlo Ancelotti yang menang Liga Juara-juara buat kali kedua selaku pengurus Real Madrid - mahu menambah pilihan apabila beberapa pemain meninggalk­an kelab itu.

Gareth Bale dan Isco akan meninggalk­an kelab selepas kontrak mereka tamat manakala Marco Asensio dimahukan Liverpool dan AC Milan.

Kelab itu juga gagal mendapatka­n Kylian Mbappe selepas sekian lama memburunya berikutan penyerang Perancis itu mengambil keputusan kekal di Paris Saint Germain.

Kelab itu terpaksa mencari pemain pilihan lain dan penyerang Spurs itu adalah calon paling sesuai.

Son menandatan­gani kontrak baharu bersama Spurs musim lalu yang membuatkan­nya kekal hingga 2025.

Son Heung-min

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia