Berita Harian

Melaka, Sri Pahang menghitung nasib

- Oleh Zulfaizan Mansor

zulfaizan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Dua aksi Liga Super yang akan berlangsun­g malam ini boleh mencetuska­n perubahan di kelompok pasukan teratas dan bawahan.

Sri Pahang berpotensi terjerumus ke zon penyingkir­an sekiranya tewas di tangan Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi dan jika pasukan tangga tercorot, Sarawak United melakar kejutan menewaskan Melaka United di Stadium Hang Jebat.

Begitu juga Melaka United, mereka boleh jatuh ke tangga ke-11 liga seandainya menjadi mangsa kebangkita­n Sarawak United, pada masa sama aksi Negeri Sembilan dan Sri Pahang berkesudah­an seri.

Bagaimanap­un, semua andaian itu hanya boleh dilihat selepas aksi 90 minit yang cukup getir bagi empat pasukan terbabit yang pastinya cuba untuk memperbaik­i kedudukan masing-masing.

Negeri Sembilan pula boleh naik ke tangga kedua liga sekiranya mereka berjaya mengatasi Sri Pahang yang kini bergelut di kelompok tiga terbawah.

Anak buah K Devan sudah pasti menjadi pasukan pilihan untuk meraih tiga mata berbanding Sri Pahang berdasarka­n prestasi semasa yang dipamerkan mereka selain memiliki kelebihan beraksi di gelanggang sendiri.

Namun, Hobin Jang Hobin perlu mengelak daripada terlampau yakin kerana jika silap langkah, mereka boleh masuk perangkap Tok Gajah yang dahagakan kemenangan selepas hanya menang dua kali dalam sembilan perlawanan.

Jika mengambil kira rekod pertemuan kedua-dua pasukan juga, ia bukanlah lebih memihak Negeri Sembilan yang mana mereka tewas dalam dua aksi Liga Super 2018 berdepan Tok Gajah.

Liga Super

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia