Berita Harian

Harimau Malaya 4 terbaik

-

Ranking FIFA

Kuala Lumpur: Malaysia tersenarai sebagai antara empat pasukan yang mencatat kenaikan mendadak dalam kedudukan terbaru ranking Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA), kelmarin.

Harimau Malaya naik tujuh anak tangga ke ranking 147 dunia berbanding pada Mac lalu berada di ranking ke-154.

Kenaikan mendadak itu kesan daripada kejayaan skuad kendalian Kim Pan Gon yang mencatat dua kemenangan ke atas Turkmenist­an (3-1) dan Bangladesh (4-1) ketika aksi Kelayakan Piala Asia 2023 sebelum ini.

Selain itu, keputusan positif dalam aksi persahabat­an iaitu ketika meraih kemenangan 4-0 ke atas Brunei (4-0) dan menundukka­n Hong Kong 2-0 turut menjadi penyumbang kepada kenaikan ranking Harimau Malaya.

Selain Malaysia, tiga lagi negara yang mendapat gelaran ‘The Biggest Climbers’ adalah Greece, Cuba dan Kazakhstan dengan perkembang­an itu diumumkan di laman rasmi Twitter, FIFA World Cup.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia