Berita Harian

Harapan tinggi penyokong

-

Dari muka 48

Berdasarka­n kemas kini terbaharu dalam ranking Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA) kelmarin, Malaysia naik tujuh anak tangga untuk berada di kedudukan ke-147 dunia.

Untuk rekod, ranking tertinggi pernah diduduki Harimau Malaya adalah di tangga ke-75 pada Ogos 1993 dan yang terburuk di kedudukan 178 pada Mac 2018.

Selain itu, Sadek yang juga Pensyarah Kanan Fakulti Sains Sukan dan Rekreasi UITM Shah Alam mengakui tidak terperanja­t dengan peningkata­n hingga tujuh anak tangga Harimau Malaya berdasarka­n keputusan positif dalam beberapa aksi persahabat­an dan kempen kelayakan Piala Asia sebelum ini.

Malah, beliau menjelaska­n pasukan Harimau Malaya juga perlu bersedia dengan harapan yang lebih tinggi bakal diletakkan oleh penyokong atau pemain ke-12.

“Setiap pemain yang ada dalam pasukan di pusingan akhir Piala Asia nanti perlu bersedia untuk memperliha­tkan semangat juang yang tinggi kerana sudah tentu penyokong akan mengharapk­an sesuatu yang lebih tinggi,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia