Berita Harian

‘Ini bukan penamat era Matdon’

-

Pemain Sri Pahang menjalani latihan menghadapi Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam ini.

Kuala Lumpur: Pemain naturalisa­si negara, Liridon Krasniqi menyifatka­n kegagalan untuk berada dalam skuad Harimau Malaya ketika kempen Piala Asia 2023 sebelum ini bukan penamat kepada kariernya bersama Harimau Malaya.

Sebaliknya, dia yang turut dikenali sebagai Matdon berjanji akan kembali lebih kuat dan cuba melakukan segala-galanya untuk menjadi sebahagian daripada pasukan kebangsaan selepas ini.

“Ini bukan penamat era Matdon. Saya kenal diri saya, saya tahu apa yang saya mampu lakukan. Saya sayang Malaysia dan saya sayang rakan sepasukan.

“Saya tidak pernah melihat begitu banyak perasaan sayang dan mesej yang indah melebihi 20,000 mesej yang positif, ini memberi saya banyak harapan dan gembira untuk kembali lebih kuat,” tulisnya di Instagram miliknya.

Liridon dipanggil menyertai latihan pusat skuad kebangsaan, namun dia digugurkan bersama enam pemain lain sebelum kempen kelayakan yang menyaksika­n Harimau Malaya menamatkan penantian 42 tahun untuk layak ke Piala Asia secara merit.

Selain itu, Liridon turut memperjela­skan apa yang terjadi hingga dia tidak berjaya memikat hati pengendali skuad kebangsaan, Kim Pan Gon untuk bersama Harimau Malaya ketika kempen Piala Asia 2023.

Pemain tengah berusia 30 tahun itu mendedahka­n bahawa dia mengalami sedikit kecederaan ketika menyertai kem latihan pusat Harimau Malaya yang menyebabka­nnya tidak dapat mempamerka­n prestasi sebenar.

“Apabila jurulatih memberitah­u saya berita itu (tidak tersenarai dalam skuad akhir), saya menangis dan sedih kerana bagi saya semua mengenai kemenangan dan mencipta sejarah, terutama untuk negara yang saya sayang dan saya sanggup mati untuknya.

“Saya mengalami sedikit kecederaan semasa kem latihan dan tidak dapat mempamerka­n prestasi sebenar, jadi kami membuat keputusan untuk pulih dahulu kemudian bangkit semula. “Saya berusaha setiap hari tetapi ia tidak berkesan dengan semua kesakitan ini tiada siapa yang tahu. Saya mengorbank­an kesihatan saya untuk memberikan seluruh negara apa yang mereka harapkan, tetapi malangnya saya tidak dapat,” katanya.

Liridon Krasniqi

 ?? (Foto ihsan FB Sri Pahang FC ) ??
(Foto ihsan FB Sri Pahang FC )
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia