Berita Harian

Cools bakal cipta sejarah?

- Oleh Zulfaizan Mansor

zulfaizan@bh.com.my

Kuala Lumpur: Adakah penantian rakyat negara ini menyaksika­n pemain Malaysia beraksi di Liga Perdana Inggeris (EPL) buat kali pertama akan berakhir?

Ia susulan spekulasi yang kini bermain di media sosial dengan mengaitkan tonggak pertahanan negara, Dion Cools bakal menyertai kelab Brentford.

Terdapat dakwaan bahawa Brentford akan mendapatka­n khidmat pemain kacukan Malaysiabe­lgium itu pada jendela perpindaha­n musim panas ini kerana kelab berkenaan turut dimiliki oleh pemilik FC Midtjyllan­d, Matthew Benham.

Brentford menamatkan saingan di tangga ke-13 pada musim lalu dan berjaya mengelak tersingkir ke divisyen kedua selepas kembali ke EPL dalam tempoh 74 tahun.

Malah, Cools yang kembali ke pangkuan FC Midtjyllan­d selepas menamatkan tempoh pinjaman bersama kelab Belgium, Zulte Waregem selama enam bulan bagi menghadapi baki aksi saingan musim 2021/2022 tidak berdepan masalah untuk beraksi di EPL meskipun negara yang diwakiliny­a tidak berada dalam senarai 50 pasukan teratas dalam ranking Persekutua­n Bolasepak Antarabang­sa (FIFA) kerana Cools akan dikira sebagai pemain Europe Grown kerana beraksi di Eropah sejak peringkat pembanguna­n.

Cools pernah beraksi pada peringkat Liga Juara-juara Eropah (UCL) bersama Midtjyllan­d pada musim lalu dan turut pernah bersama kelab besar di Belgium, Club Brugge.

Justeru, dia yang berkeboleh­an bermain di banyak posisi mungkin tidak berdepan masalah untuk menyesuaik­an diri beraksi di EPL.

Cools juga dilihat berjaya menampilka­n prestasi yang cemerlang bersama Harimau Malaya, termasuk membantu pasukan negara menamatkan penantian 42 tahun untuk layak ke Piala Asia secara merit.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia