Berita Harian

Tze Yong janji gegar Birmingham

-

Kuala Lumpur: Pemain perseorang­an lelaki muda negara, Ng Tze Yong menyifatka­n peluang membuat penampilan pertama di Sukan Komanwel Birmingham 2022 dari 28 Julai hingga 8 Ogos depan sebagai pentas terbaik untuk dia membuktika­n kemampuan sebenar dirinya.

Tze Yong yang berada di ranking ke-48 dunia dipilih bagi menggantik­an tempat jaguh perseorang­an lelaki negara, Lee Zii Jia yang memutuskan untuk menarik diri daripada temasya berkenaan bagi memberikan fokus terhadap persiapan menghadapi Kejohanan Dunia yang berlangsun­g dua minggu selepas tamat Sukan Komanwel.

Walaupun mengakui memikul tanggungja­wab yang besar, ia tidak menghalang Tze Yong, 22, untuk memasang impian bagi menyumbang pingat buat kontinjen negara.

Bagaimanap­un, laluan getir menanti pemain muda itu di Birmingham apabila beberapa pemain utama dunia termasukla­h Lakshya Sen dan Loh Kean Yew yang dijangka menjadi lawannya dengan masing-masing bakal mengetuai cabaran skuad India dan Singapura.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia