Berita Harian

Alasan Zii Jia tak kukuh

-

Dari muka 48

Katanya, keputusan itu dibuat disebabkan faktor keadaan tubuh badannya selepas beraksi dalam banyak kejohanan berturut-turut yang menyaksika­n dia tidak cukup rehat.

Mengulas mengenai perkara itu, James berpandang­an ia adalah alasan yang tidak kukuh kerana pemain negara lain turut menghadapi situasi yang sama.

“Kalau dia bermain dalam kejohanan berturut-turut, pemain lain juga sama. Adakah pemain India akan buat begitu dengan memberi alasan bermain dalam banyak kejohanan berturuttu­rut sekali gus mereka tarik diri daripada Sukan Komanwel. Saya percaya mereka tidak lakukan begitu,” katanya.

Sebagai perbanding­an, legenda badminton negara, Datuk Lee Chong Wei hanya sekali terpaksa melupakan aksi di Sukan Komanwel sepanjang kerjayanya, iaitu pada edisi 2014 di Glasgow kerana mengalami kecederaan.

James Selvaraj

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia