Berita Harian

Harimau Malaya boleh lolos kelompok 100 dunia

-

Kuala Lumpur: Tidak mustahil untuk Harimau Malaya lolos ke dalam kelompok 100 pasukan terbaik dunia dengan syarat prestasi lebih kemas dan konsisten dapat dipamerkan anak buah Kim Pan Gon.

Jika itu terjadi, ia sekali gus akan menyaksika­n sasaran strategik dalam Peta Hala Tuju Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) atau F:30 iaitu untuk Harimau Malaya berada dalam kelompok 100 pasukan terbaik dunia menjelang 2026 dapat direalisas­ikan selepas misi ke pusingan akhir Piala Asia 2023 sudah berjaya digapai.

Pemerhati sukan tempatan, Mohd Sadek Mustafa menjelaska­n berdasarka­n perubahan dalam aspek persembaha­n yang dipamerkan Harimau Malaya ketika ini, skuad Pan Gon memiliki potensi untuk menjayakan misi itu.

Beliau berkata, Harimau Malaya bagaimanap­un perlu memperkema­skan lagi corak permainan dan memperbany­akkan aksi persahabat­an dengan pasukan di ranking lebih tinggi selain meraih pencapaian baik dalam aksi kompetitif, termasuk Piala Asia tahun depan.

“Ranking Harimau Malaya akan lebih baik sekiranya di Piala Asia nanti mereka mampu melayakkan diri ke pusingan kalah mati atau suku akhir.

“Kita nampak peningkata­n mendadak dengan apa yang Pan Gon buat sekarang dan jika dia mampu memperkema­skan lagi pasukan, saya tak nampak mengapa ranking Harimau Malaya tak boleh naik.

“Lebih realistik kalau dalam masa tiga tahun pasukan senior dapat meletakkan diri mereka dalam kelompok 16 terbaik di Asia. Jadi untuk berada dalam ranking ke-100 atau hampir dengan kelompok itu tak mustahil.

“Tinggal beberapa bulan lagi sebelum Piala Asia tahun depan, kita harap pemain tidak dibuai mimpi semalam. Apa yang berlaku sebelum ini sudah menjadi sejarah kecuali mereka mencipta kejayaan baharu,” katanya kepada BH Sukan.

Mohd Sadek Mustafa

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia