Berita Harian

Semangat kenegaraan Zii Jia dipersoal

- Oleh Helmi Talkah

helmi.talkah@bh.com.my

Kuala Lumpur: Datuk James Selvaraj mempersoal­kan semangat kenegaraan dalam diri jaguh perseorang­an lelaki negara, Lee Zii Jia selepas dia memutuskan untuk tidak menyertai Sukan Komanwel Birmingham 2022 bagi memberikan fokus kepada Kejohanan Dunia.

Sukan Komanwel akan berlangsun­g dari 28 Julai hingga 8 Ogos depan, manakala Kejohanan Dunia dua minggu kemudian iaitu dari 22 hingga 28 Ogos.

James yang juga bekas Pengarah Prestasi Tinggi Persatuan Badminton Malaysia (BAM), berkata sebagai pemain Malaysia, Sukan Komanwel yang berlangsun­g empat tahun sekali seharusnya menjadi keutamaan berbanding kejohanan individu.

“Ketika dia mahu keluar daripada BAM dan kena gantung dua tahun, banyak pihak tidak setuju. Apabila BAM sudah tarik balik penggantun­gan, sekarang

BAM perlukan khidmat dia, dia pula tidak mahu bermain.

“Jadi, di mana semangat kenegaraan dia? Beraksi di temasya untuk negara lagi penting atau kejohanan individu?

“Memang Kejohanan Dunia penting, tetapi dia juga mesti kena faham yang bermain dan memenangi pingat emas untuk negara di Sukan Komanwel juga penting.

“BAM sudah memberikan sokongan yang banyak sejak dia remaja dan sekarang apabila BAM tiada pemain dan memerlukan pertolonga­n dia, dia pula putuskan untuk tidak bermain. Jadi, saya berpandang­an ini adalah sesuatu yang tidak baik,” kata James kepada BH Sukan.

Isnin lalu, Zii Jia yang juga juara Asia mengesahka­n dia menarik diri daripada beraksi di Sukan Komanwel bagi membolehka­n dia memberikan fokus yang lebih terhadap persiapan bagi menghadapi Kejohanan Dunia.

 ?? ??
 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia