Berita Harian

Pinjaman, kad kredit ‘talian hayat’ generasi muda

- Oleh Mahanum Abdul Aziz mahanum_aziz@bh.com.my

Kuala Lumpur: Generasi muda di negara ini dipercayai bergantung kepada pinjaman peribadi dan kad kredit bagi menampung keperluan harian susulan tekanan kos sara hidup disebabkan inflasi dan kenaikan ketara harga barangan.

Dapatan itu diperoleh menerusi kajian Experian Informatio­n Services (Malaysia) yang turut mendedahka­n golongan berumur antara 22 hingga 28 tahun ini juga menghadapi kesukaran untuk membayar balik hutang kad kredit dan pinjaman peribadi masing-masing ketika ini.

Experian Informatio­n Services (Malaysia) yang dahulunya RAM Credit Informatio­n Sdn Bhd (RAMCI) adalah antara biro kredit dan maklumat perniagaan yang dipercayai di Malaysia dengan pangkalan data komprehens­if dibina selama 25 tahun.

Analisis Experian I-SCORE yang menggarisk­an, trend skor dan kemudahan kredit rakyat Malaysia bagi tempoh 2019-2022 turut menunjukka­n, jumlah pembayaran balik bagi segmen hutang tidak bercagar, iaitu kad kredit dan pinjaman peribadi dalam tempoh 90 hari atau lebih membabitka­n golongan umur berkenaan adalah tinggi, iaitu sebanyak 26.4 peratus pada 2022.

Kerajaan disaran bertindak segera tingkat kesedaran pengurusan kewangan bijak

Kuala Lumpur: Situasi dihadapi golongan muda yang terpaksa bergantung harap kepada pinjaman peribadi dan kad kredit bagi menampung keperluan harian susulan tekanan kos sara hidup perlu ditangani segera.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia (FOMCA), Mohd Yusof Abdul Rahman, berkata keadaan itu menunjukka­n golongan berkenaan ibarat ‘gali lubang tutup lubang’ demi kelangsung­an hidup.

“Dengan keadaan ekonomi yang tidak menentu, diberhenti­kan kerja, dipotong gaji, kenaikan kos sara hidup dan sebagainya, mereka jadi tersepit.

“Keadaan itu menyebabka­n mereka cuba mencari ruang lain bagi menampung hutang. Situasi ini memang berlaku dan perlu diberikan perhatian supaya mereka dapat menguruska­n kewangan dengan baik,” katanya kepada BH.

Beliau mengulas analisis Experian Informatio­n Services (Malaysia) yang mendedahka­n golongan berumur antara 22 hingga 28 tahun di negara ini adalah mereka mempunyai kesukaran untuk membayar balik hutang kad kredit dan pinjaman peribadi masing-masing ketika ini.

Berdasarka­n analisis itu, golongan berkenaan didapati bergantung harap kepada pinjaman peribadi dan kad kredit bagi menampung keperluan harian susulan tekanan kos sara hidup disebabkan inflasi dan kenaikan ketara harga barangan.

Mengulas lanjut, Mohd Yusof berkata, sikap golongan berkenaan yang berbelanja melebihi kemampuan antara faktor yang menjerat mereka sehingga berdepan kesukaran yang membayar balik pinjaman.

“Golongan muda memiliki kemahuan tinggi mungkin sebab sebahagian­nya tiada tanggungan, cuba memenuhi impian yang tak dapat sebelum itu seperti memiliki telefon terkini dan sebagainya.

“Mereka beranggapa­n mungkin ada kemampuan untuk bayar tetapi mereka tidak sedar apabila guna kemudahan seperti kad kredit, pinjaman peribadi, ia ada kadar faedah yang tinggi,” katanya.

Timbalan Presiden Gabungan Persatuan Pengguna Malaysia

Sementara itu, Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM), Datuk Nadzim Johan, berkata isu yang melanda golongan muda ketika ini amat membimbang­kan.

Sehubungan itu, beliau meminta kerajaan dan kumpulan pakar dari universiti melakukan kajian terperinci bagi menangani isu dihadapi golongan berkenaan.

“Masalah yang melanda ketika ini ialah kita sudah terhimpit disebabkan sistem (kemudahan kad kredit, pinjaman) yang ada. Banyak faktor antaranya gaji diterima tidak setimpal, sedangkan orang yang berniaga tepi jalan lagi boleh berjaya daripada yang makan gaji.

“Sebab itu kita kena ubah sistem sedia ada, kerajaan perlu buat kajian, universiti juga kena buat kajian. Sekarang ditambah kos sara hidup yang meningkat, jadi saya melihat analisis dibuat itu ada benarnya,” katanya.

 ?? ??
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia