Berita Harian

Unjuran perbelanja­an subsidi RM77.3B tertinggi dalam sejarah

-

Kuala Lumpur: Unjuran perbelanja­an subsidi kepengguna­an yang setakat ini berjumlah RM77.3 bilion bagi 2022 adalah jumlah subsidi tertinggi dalam sejarah yang pernah ditanggung oleh mana-mana kerajaan, kata Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Menurut Menteri Kewangan, subsidi kepengguna­an berkenaan meliputi petrol, diesel, gas petroleum cecair (LPG), minyak masak, tepung dan elektrik bagi mengurangk­an kos sara hidup rakyat.

Katanya, bil subsidi (tidak termasuk bantuan kebajikan) dari 2018 hingga 2022 bagi petrol, diesel dan LPG pada 2018 adalah RM7.4 bilion, 2019 (RM6.1 bilion), 2020 (RM1.6 bilion) dan 2021 (RM13.2 bilion).

Beliau memaklumka­n, keperluan bagi 2022, iaitu unjuran subsidi jika harga bersubsidi serta harga pasaran minyak, arang batu dan komoditi lain kekal pada paras semasa pula adalah sebanyak RM37.3 bilion.

Subsidi bagi minyak masak paket sekilogram untuk 2018 pula sebanyak RM0.4 bilion), 2019 (RM0.3 bilion), 2020 (RM0.5 bilion), 2021 (RM2.2 bilion) dan keperluan bagi 2022 (RM4.0 bilion), manakala subsidi elektrik, ayam, telur serta lain-lain bagi 2018 (RM0.5 bilion), 2019 (RM0.9 bilion), 2020 (RM0.6 bilion), 2021 (RM1.1 bilion) dan keperluan bagi 2022 (RM9.7 bilion).

Keseluruha­n subsidi tahunan bagi 2018 adalah RM8.3 bilion, 2019 (RM7.3 bilion), 2020 (RM2.7 bilion), 2021 (RM16.5 bilion) dan keperluan bagi 2022 (RM51 bilion).

“Apabila ditambah dengan bantuan lain seperti Bantuan Kebajikan Masyarakat, termasuk Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) sebanyak RM11.7 bilion dan lain lain-lain subsidi sebanyak RM14.6 bilion, jumlah keseluruha­n subsidi setakat ini adalah RM77.3 bilion bagi 2022,” katanya semalam.

Tengku Zafrul berkata, ia juga mengambil kira pengumuman oleh kerajaan baru-baru ini mengenai bantuan tunai tunai tambahan RM630 juta yang meningkatk­an jumlah BKM Fasa 2 bagi golongan berpendapa­tan rendah kepada RM1.74 bilion mulai 27 Jun lalu.

“Kedua adalah subsidi elektrik bernilai RM5.8 bilion untuk separuh tahun kedua bagi memastikan

Subsidi kepengguna­an berkenaan meliputi petrol, diesel, gas petroleum cecair (LPG), minyak masak, tepung dan elektrik bagi mengurangk­an kos sara hidup rakyat Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz,

Menteri Kewangan

tiada kenaikan tarif elektrik mulai 1 Julai 2022,” katanya menambah, kerajaan peka dengan kenaikan harga komoditi dan kadar inflasi ekoran gangguan kepada rantaian bekalan global dan konflik Ukraine-rusia.

“Ia mengakibat­kan impak kenaikan harga barangan asas kepada kebanyakan negara di seluruh dunia, termasuk Malaysia. Sehubungan itu, subsidi kerajaan bertujuan menampung kos sara hidup rakyat,” katanya.

Menegaskan golongan M40 dan T20 juga mendapat manfaat besar bagi subsidi menyeluruh meliputi petrol, diesel, air dan elektrik, beliau berkata, kementeria­nnya akan terus memantau faktor luaran yang boleh memberi impak negatif kepada ekonomi domestik bagi memastikan kos sara hidup rakyat terkawal.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia