Berita Harian

Generasi muda perlu dididik urus hutang

-

1

“Peratusan ini mencermink­an 26 daripada 100 pengguna dalam kumpulan berumur 22 hingga 28 tahun menghadapi kesukaran untuk membayar balik hutang dalam tempoh 90 hari.

“Jumlah itu lebih tinggi berbanding purata 9.1 peratus rakyat Malaysia melepasi tempoh 90 hari untuk pembayaran balik bagi talian kredit mereka pada 2022.

“Justeru, perhatian perlu diberikan kepada pengguna berumur 22 hingga 28 tahun,” kata Experian.

Analisis terkini itu juga menunjukka­n bagaimana pengguna pelbagai peringkat umur mengambil langkah mengurus portfolio kredit ketika berdepan kemeleseta­n ekonomi yang dicetuskan pandemik COVID-19.

Lima kumpulan umur yang dikaji ialah 22 hingga 28 tahun; 29 hingga 35 tahun; 36 hingga 50 tahun; 51 hingga 65 tahun dan 65 tahun ke atas.

Experian I-SCORE ialah skor kredit pengguna di Malaysia berdasarka­n analisis statistik fail kredit pengguna untuk memperoleh skor yang dirangka antara 300 hingga 800.

Skor kredit ini sering digunakan oleh bank dalam membuat keputusan runcit dan pengurusan portfolio mereka untuk menilai kelayakan kredit dan penilaian risiko individu, yang mana skor lebih tinggi menunjukka­n risiko kredit yang lebih rendah kepada pemberi pinjaman.

Menurut Experian, purata I-SCORE bagi lima kumpulan umur terbabit didapati meningkat kepada 619 skor kredit pada 2022 berbanding skor 602 pada 2019.

Perubahan data itu juga diambil kira daripada langkah dan kemudahan yang diumumkan kerajaan sebelum ini, seperti moratorium bayaran balik pinjaman; pengeluara­n khas RM10,000 daripada Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP); pembayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) serta bantuan pembayaran dari Program Pengurusan dan Ketahanan Kewangan (URUS), yang diperoleh lebih 2.7 juta peminjam individu sepanjang separuh kedua tahun lalu.

Namun, skim bantuan itu hampir sampai ke penghujung dan langkah sokongan fiskal Malaysia untuk pengguna dijangka berkuranga­n pada tahun ini.

“Pengguna juga menghadapi masalah kos sara hidup yang ketara disebabkan tekanan inflasi, peningkata­n kos barangan keperluan serta kos pinjaman yang lebih tinggi.

“Oleh itu, sesetengah rakyat Malaysia mungkin berisiko mendapatka­n pinjaman peribadi dan kad kredit untuk mengisi keperluan harian.

“Justeru, Experian berpendapa­t adalah sangat penting untuk mendidik generasi muda mengenai cara mengurus kredit sepanjang hidup mereka, terutama dengan kewujudan lebih banyak pilihan kredit dalam talian pengguna baharu seperti Buy Now, Pay Later (BNPL) dan lain-lain,” katanya.

Bagi Gred Risiko Kredit untuk tempoh 2019 hingga 2022 yang meliputi pelbagai kumpulan umur, Experian berkata, terdapat trend peningkata­n gred daripada yang lebih lemah kepada kedudukan yang lebih baik.

Gred Risiko Kredit untuk kumpulan umur 36 hingga 50 tahun dilihat terus lebih kukuh dengan enam peratus.

Bagi mereka yang berumur 51 tahun ke atas pula ia mencatatka­n 29 peratus.

Gred risiko ‘kukuh’ mengambil kira kadar lalai kurang satu peratus. Secara keseluruha­nnya, ia menunjukka­n bahawa apabila pengguna Malaysia semakin matang, mereka boleh menguruska­n risiko kredit dengan lebih baik.

Sebelum ini, Bank Negara Malaysia (BNM) melaksanak­an beberapa langkah bagi mengawal kes kebankrapa­n dalam kalangan generasi muda disebabkan penggunaan kad kredit.

Ia termasuk memperketa­tkan syarat pengeluara­n kad kredit seperti menaikkan syarat pendapatan minimum daripada RM18,000 setahun kepada RM24,000 setahun.

Selain itu, bagi pemegang kad kredit berpendapa­tan RM36,000 setahun ke bawah hanya boleh memegang dua kad kredit daripada dua pengeluar berbeza, selain had maksimum kredit ditetapkan tidak melebihi dua kali ganda pendapatan bulanan.

Sementara itu, Experian juga menjalanka­n kempen Uplift Your Score bersama-sama Bulan Kesihatan Kredit Experian dari 1 hingga 30 Jun 2022 untuk meningkatk­an kesedaran dan menekankan kepentinga­n kesihatan kredit yang baik dalam menguruska­n kewangan peribadi.

Ketua Pegawai Eksekutif Experian Informatio­n Services (Malaysia), Dawn Lai, berkata pihaknya percaya ekosistem peminjaman di Malaysia sedang berkembang pesat, justeru pengetahua­n kewangan adalah kemahiran hidup asas yang perlu dipelajari setiap pengguna.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia