Berita Harian

Karnival Jom Heboh himpunkan Keluarga Malaysia

-

Putrajaya: Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob menyifatka­n Karnival Jom Heboh di Anjung Floria, Presint 4, di sini, sebagai medium perhimpuna­n rakyat pelbagai kaum di negara ini, seiring konsep Keluarga Malaysia yang diperkenal­kannya.

Perdana Menteri berkata, pengisian karnival anjuran Media Prima Berhad (MPB) itu juga cukup menarik, sesuai untuk golongan dewasa dan kanak-kanak.

“Saya pun teruja apabila sampai. Saya lihat begitu ramai sekali orang bukan saja dari sekitar Kuala Lumpur tetapi juga dari Negeri Sembilan, Perak dan Pahang.

“Seperti pencinta kucing macam saya, lama juga saya habiskan masa di pameran kucing tadi, maknanya semua ada di

Karnival Jom Heboh.

“Hari ini (semalam) yang datang juga pelbagai kaum. Ini adalah perhimpuna­n besar bagi saya yang dihimpunka­n di bawah Karnival Jom Heboh, selari dengan konsep Keluarga Malaysia yang saya bawa,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui di reruai The New Straits Times Press (M) Berhad (NSTP), ketika berkunjung ke

Karnival Jom Heboh.

Yang turut hadir, Menteri Wilayah Persekutua­n, Datuk Seri Dr Shahidan Kassim; Pengerusi Kumpulan Media Prima, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid; Pengarang Kumpulan BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzam­an dan Presiden Perbadanan Putrajaya (PPJ), Datuk Fadlun Mak Ujud.

Perdana Menteri turut mengajak orang ramai untuk hadir ke karnival berkenaan yang diadakan dua hari, bermula dari jam 8 pagi hingga 11.30 malam, sempena Hari Rekreasi Putrajaya (HRP) 2022.

Pada karnival itu, Perdana Menteri turut melawat beberapa reruai lain termasuk Jabatan Perdana Menteri, Kementeria­n Wilayah Persekutua­n, TV3 dan Didiktv.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia