Berita Harian

NSTP sedia aktiviti menarik, hadiah istimewa rai pengunjung

-

Karnival Jom Heboh

Khemah tema hari kantin, pesta ria sesuai untuk semua lapisan masyarakat

Putrajaya: Bersempena penganjura­n Karnival Jom Heboh di Anjung Floria, Presint 4, di sini, The New Straits Times Press (Malaysia) Berhad (NSTP) menyediaka­n pelbagai aktiviti menarik dan barangan istimewa untuk pengunjung.

Bermula jam 8.30 pagi, pengunjung pasti terhibur dengan aktiviti yang dirangka termasuk permainan ala karnival untuk memenangi hadiah istimewa dengan hanya RM10.

Lebih istimewa, beg cenderahat­i juga diberikan kepada pengunjung yang mengandung­i tiga jenama akhbar keluaran NSTP, iaitu Berita Harian (BH), Harian Metro (HM) dan New Straits Times (NST) dan pelbagai barangan yang secara keseluruha­nnya bernilai lebih RM50.

Semalam, berlangsun­g pelancaran khemah cabang percetakan Media Prima Berhad (MPB) ini yang disempurna­kan oleh Ketua Pegawai Eksekutif NSTP, Mustapha Kamil Mohd Janor.

Turut hadir, Pengarang Kumpulan BH, Datuk Ahmad Zaini Kamaruzzam­an; Pengarang Kumpulan NST, Ahmad Lokman Mansor serta Pengarang Eksekutif

(Kandungan) HM, Muhamad Safar Ahmad dan Pengarang Eksekutif (Pengeluara­n) HM, Yusri Abdul Malek.

Khemah NSTP bertemakan hari kantin dan ‘pesta ria’ dimeriahka­n dengan kehadiran badut, aktiviti melukis muka, baling tin, cabutan bertuah, peraduan mewarna dan pelbagai permainan yang boleh menghiburk­an ahli keluarga termasuk kanak-kanak.

Sementara itu, Ahmad Zaini berkata, pelbagai hadiah menarik disediakan di khemah NSTP untuk setiap lapisan masyarakat yang datang bersama keluarga.

“Dengan RM10, pengunjung boleh bermain sebarang permainan dan menyertai aktiviti. Mereka akan diberikan kupon untuk menyertai aktiviti dan menangi hadiah untuk seisi keluarga. Selain teh tarik percuma, kita menyediaka­n bertih jagung dan gula kapas,” katanya.

Pengunjung juga, katanya, berpeluang mengetahui bagaimana tiga akhbar di bawah NSTP menyampaik­an maklumat, berkongsi berita yang tepat dan mengukuhka­n kehadiran jenamanya di pasaran.

“Pengunjung karnival boleh datang ke reruai NSTP dan kita memberi maklumat mengenai apa yang kita ada, termasuk e-paper yang boleh didapati secara dalam talian melalui komputer, tablet dan telefon bimbit.

“Maklumat yang kita sampaikan dapat membantu rakyat mendapatka­n berita yang tepat, yang pentingnya bukan berita palsu,” katanya.

Semalam, khemah NSTP meriah dengan kunjungan orang ramai untuk bermain permainan yang menyeronok­kan, selain bergambar dengan badut, menyertai aktiviti melukis dan mendapatka­n bertih jagung serta gula-gula kapas.

Selain NSTP, Karnival Jom Heboh anjuran MPB turut dimeriahka­n dengan khemah dari TV3, TV9, Didiktv, Hot FM, Molek FM, Buletin FM, Oh Bulan, Seismik, Vocket, Wowshop dan Tonton.

Orang ramai berpeluang beramah mesra dengan selebriti tanah air seperti Meerqeen, Anna Jobling, Zara Zya, Ummi Nazeera dan Sophia Albarakbah, selain menaiki belon udara panas dengan hanya menggunaka­n aplikasi Duitnow untuk melihat keindahan Putrajaya.

 ?? ?? Orang ramai memeriahka­n pelbagai acara menarik di Karnival Jom Heboh, Anjung Floria, Putrajaya, semalam .
Orang ramai memeriahka­n pelbagai acara menarik di Karnival Jom Heboh, Anjung Floria, Putrajaya, semalam .
 ?? (Foto Eizairi Shamsudin/bh) ?? Perdana Menteri dan Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid bersama selebriti TV3 ketika melawat gerai pameran Studio A TV3 di Karnival Jom Heboh 2022 di Anjung Floria, Putrajaya, semalam.
(Foto Eizairi Shamsudin/bh) Perdana Menteri dan Pengerusi Kumpulan Media Prima Berhad, Datuk Seri Dr Syed Hussian Aljunid bersama selebriti TV3 ketika melawat gerai pameran Studio A TV3 di Karnival Jom Heboh 2022 di Anjung Floria, Putrajaya, semalam.
 ?? (Foto Eizairi Shamsudin/bh) ?? Mustapha Kamil merasmikan gerai pameran NSTP sambil disaksikan Ahmad Lokman (dua dari kiri), Ahmad Zaini (tiga dari kanan) dan Muhamad Safar (dua dari kanan) di Karnival Jom Heboh, Anjung Floria, Putrajaya, semalam.
(Foto Eizairi Shamsudin/bh) Mustapha Kamil merasmikan gerai pameran NSTP sambil disaksikan Ahmad Lokman (dua dari kiri), Ahmad Zaini (tiga dari kanan) dan Muhamad Safar (dua dari kanan) di Karnival Jom Heboh, Anjung Floria, Putrajaya, semalam.
 ?? (Foto Rohanis Shukri/bh) ??
(Foto Rohanis Shukri/bh)
 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia