Berita Harian

Isham dilantik ahli MKT UMNO

- Isham Jalil

Kuala Lumpur: Bekas Ketua Penerangan Barisan Nasional (BN) Selangor, Isham Jalil, dilantik sebagai Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, malam kelmarin.

Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan, berkata Isham menggantik­an Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman, yang digugurkan sebagai ahli MKT.

“Isham dilantik presiden parti, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan mengangkat sumpah hari ini (kelmarin),” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Mesyuarat Ahli MKT UMNO, malam kelmarin.

Isham, 46, sebelum ini digugurkan daripada jawatannya sebagai Ketua Penerangan BN Selangor oleh BN negeri itu.

Ahmad berkata, mesyuarat juga mencadangk­an Lembaga Unggas Negara dipertimba­ng untuk diwujudkan bagi menangani isu ayam, sekali gus mengelakka­n manipulasi pihak kartel berkepenti­ngan.

Beliau berkata, Mesyuarat MKT juga menegaskan Rang Undang-undang Anti Lompat Parti dibentangk­an segera di Parlimen sebelum Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) selain mewujudkan Akta Pendanaan Politik supaya garis panduan jelas mengenai kewangan parti dapat diadakan.

Katanya mesyuarat juga memutuskan jentera pilihan raya UMNO pada semua peringkat digembleng bersama parti komponen BN supaya tahap kesiapsiag­aan jentera BN berada pada tahap tertinggi.

Mengulas perkembang­an Jabatan Pendaftara­n Pertubuhan (ROS) mengenai pindaan perlembaga­an parti, Ahmad berharap ROS memberikan keputusan segera kerana semua dokumen telah dihantar mengikut prosedur ditetapkan.

Pada 15 Mei lalu, Perhimpuna­n Agung UMNO Khas secara rasminya meluluskan usul pindaan Perlembaga­an UMNO bagi membolehka­n MKT diberi pilihan menentukan tempoh masa pemilihan parti.

Selain itu, Ahmad memaklumka­n Majlis Tertinggi BN akan memutuskan mengenai permohonan daripada Parti Bangsa Malaysia (PBM) menyertai gabungan itu. BERNAMA

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia