Berita Harian

PAS ‘nakal’ tawar kerusi Parlimen Pasir Salak

- Oleh Muhammad Zulsyamini Sufian Suri dan Balqis Jazimah Zahari

Penggugura­n Tajuddin daripada MKT UMNO

Saarani perjelas Presiden UMNO ada hak lantik 13 pemimpin MKT bhnews@bh.com.my

Lenggong: PAS tidak perlu mencampuri urusan UMNO berhubung penggugura­n Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman daripada Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT).

Pengerusi UMNO Perak, Datuk Seri Saarani Mohamad hasrat PAS menawarkan kerusi Parlimen Pasir Salak kepada Tajuddin

atas tiket Perikatan Nasional (PN) satu bentuk provokasi.

Katanya, Pesuruhjay­a PAS Perak, Razman Zakaria mesti memahami Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mempunyai hak melantik 13 pemimpin dalam MKT atas budi bicaranya.

“PAS ini, nakal sikitlah, dalam keadaan dia (PAS) kata dia tidak akan mencampuri urusan UMNO, tidak perlulah menawarkan itu sebab akan timbulkan provokasi, kemarahan dan pelbagai reaksi lain.

“Bila kamu (PAS) kata tidak akan campuri parti orang lain, berhentila­h setakat itu sahaja,” katanya di sini, semalam.

Yang hadir sama Pengarah Komunikasi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah dan Ketua Pegawai Eksekutif Tourism Perak,

Nurmalis Musa.

Saarani mengulas laporan berhubung pelawaan Razman yang antara lain membayangk­an mungkin Tajuddin yang juga Ahli Parlimen Pasir Salak tidak diberi peluang bertanding semula kerusi itu pada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15), mewakili BN.

Saarani berkata, penggugura­n Tajuddin daripada MKT UMNO adalah perkara biasa kerana keadaan sama berlaku kepada Setiausaha Agung UMNO kini, Datuk Seri Ahmad Maslan ketika UMNO diterajui Datuk Seri Najib Razak apabila jawatannya sebagai Ketua Penerangan UMNO digantikan oleh Tan Sri Annuar Musa.

Saarani yang juga Menteri Besar Perak berkata, Ahmad Zahid berhak melantik 13 individu dalam MKT, termasuk menggantik­an pemimpin di dalamnya.

“Ahli MKT UMNO ada dua kumpulan, mereka yang menang dipilih oleh perwakilan bertanding dalam Perhimpuna­n Agung UMNO (PAU) dan mereka yang dilantik Presiden parti, termasuk Setiausaha Agung, Ketua Penerangan dan Bendahari.

“Sudah tentu dia (Presiden) melantik orang tertentu yang pada pendapatny­a orang itu boleh membantu parti, termasuk saya sendiri atas ihsan presiden parti,” katanya.

Dalam perkembang­an berkaitan, Perikatan Nasional (PN) Perak tidak pernah mengadakan perbincang­an untuk menawarkan Tajuddin menjadi calon gabungan itu pada PRU-15.

Pengerusi PN Perak, Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu, yang juga Timbalan Presiden BERSATU menegaskan, urusan mengenai calon dan kerusi adalah hak pucuk pimpinan untuk ditentukan.

“Itu hak pucuk pimpinan, kami tiada perbincang­an mengenai perkara itu dan tidak terbabit dengan apa yang berlaku dalam parti orang lain,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Temasya Sukan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Raja Perempuan di sini, semalam.

 ?? ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia